Trend Rekaan Hiasan Dalaman 2022

Post at:
2022-08-16
BMGAYA RUMAH

Trend Rekaan Hiasan Dalaman 2022

Tahun 2022 adalah tahun untuk kita mulakan kembali perkara yang tertangguh akibat pandemik Covid-19. Harapan baru, nafas baru dan semestinya wajah baru untuk kediaman anda juga.

Dua tahun pandemik ini juga kita dapat lihat perubahan dari segi trend untuk hiasan dalaman kediaman yang semakin popular, diperkenalkan melalui laman media sosial seperti Instagram, Facebook dan TikTok. Terdapat beberapa trend yang menjadi ikutan para pemilik kediaman dalam menghias mahligai mereka.

1. Perabot Pelbagai Fungsi

Bagi orang yang mendiami kediaman yang agak kecil, maka perabot yang banyak adalah sesuatu perkara yang harus dielakkan. Terutamanya, perabot yang bersaiz besar. Kediaman seperti ini digalakkan untuk memilih perabot yang mempunyai multi-fungsi. Gunakan perabot jenis multi-fungsi dan bertingkat bagi menampakkan ruang bilik itu lebih luas dari yang sepatutnya.

Terdapat banyak ruang dalam mana-mana bilik tertentu. Selalunya ramai yang terlepas ini dengan melupakan ruang menegak yang ditawarkan oleh bilik anda. Rak, tangga dan platform boleh membuka pelbagai pintu dan juga berfungsi sebagai pembahagi bilik.

2. Vintag dan Nilai Sentimental

Kita sebagai anak apabila berpindah ke kediaman sendiri, ibubapa seringkali memberi sesuatu yang vintaj dan mempunyai nilai sentimental dan pada masa yang sama masih berfungsi untuk kita menggunakannya. Sebagai contoh, hiasan meja atau hiasan rumah yang dapat menaikkan seri kediaman anda secara tidak langsung dapat juga mengamit memori yang indah.

Jika anda dapat lihat kediaman Oak2 yang terletak di Bandar Baru Sri Klebang, kediaman ini nampak mewah dan juga sedikit vintaj melalui hiasan rumah seperti yang ada pada hadapan pintu utamanya.

3. Unsur Seni Menjadi Pilihan Penyeri Ruang

Ruang kediaman yang terlihat lapang dan kosong menampakkan kediaman kita menjadi lebih suram. Selitkan beberapa unsur seni dalam kediaman kita agar suasana tampak lebih ceria. Pelbagai jenis seni lukis atau abstrak yang sesuai untuk dilakar didinding kediaman anda.

Lihat kediaman Olive yang penuh dengan lukisan mural di dinding ruang bilik utamanya, membangkitkan suasana yang ceria dan bertenaga. Pilihan warna untuk mural juga menjadi faktor utama dalam menaikkan lagi seri ruang sesebuah kediaman itu.

4. Kediaman Berteknologi Tinggi

Kebanyakan kediaman kini amat mementingkan sesuatu perkara yang memudahkan kerja harian mereka. Dengan peredaran zaman yang semakin berkembang dan canggih, pelbagai produk elektrik telah dinaiktaraf menjadi produk pintar.

Contoh yang anda boleh lihat di kediaman contoh Ixora2 yang terletak di Grand Retreats, dimana pintu utamanya menggunakan “Smart Door Lock” atau sistem kunci pintu pintar. Ia menggunakan kata kunci bernombor dan bukan itu sahaja, pintu itu juga boleh dibuka menggunakan kunci biasa, cap jari dan juga kad pintar atau smart tag.

Dengan trend hiasan dalaman untuk tahun 2022 ini bertujuan untuk memberi kemudahan dari penyusunan dan pengurusan kediaman kita. Ingin melihat lebih insipirasi bagi trend tahun 2022 ini? Anda boleh melawat kediaman contoh yang ada di Bandar Baru Sri Klebang ini. Tempah temujanji anda dengan menghubungi/ Whatsapp Penasihat Jualan kami di talian 012 500 8018 sekarang.