Bersama Pereka Hiasan Dalaman Melawat Kediaman Berkonsepkan Kotemporari

Post at:
2021-05-06
cornflower living hall
BM

Bersama Pereka Hiasan Dalaman Melawat Kediaman Berkonsepkan Kotemporari

Melawat ke kediaman terpilih dan melihat rekaan terkini untuk #StailKediaman #ID sekarang. Cornflower adalah koleksi kediaman berkembar teres satu tingkat di Ipoh yang direka khas untuk menepati cita rasa keluarga muda yang mengimpikan kehidupan yang tenang dan nyaman. Kinta Properties telah melantik Pengarah Design Base, Kherk Min dan pasukannya untuk mereka hiasan dalaman rumah contoh, Cornflower. Kherk Min berkongsi sedikit sebanyak tentang konsep yang dibawa adalah lebih bercirikan minimalis.   Apakah inspirasi kepada konsep di sebalik hiasan dalaman untuk Cornflower? Rumah contoh ini mempunyai konsep kediaman mampu milik dan penuh gaya, ideal untuk keluarga muda yang lebih kepada ciri moden dan minimalis. Dengan konsep siling tinggi yang unik dan ruang kediaman yang luas, Cornflower adalah satu kediaman yang tiada tolok bandingannya. Cornflower master bedroom cornflower living hall Menggunakan *pelmet di setiap perimeter ruang tamu dan ruang bilik, memberikan rasa suasana yang lebih kondusif tanpa mengambil kira ukuran asal siling. Pelmet – sebuah rangka yang diletakkan di atas jendela untuk menutupi bentuk langsir. Boleh juga digunakan sebagai dekorasi dan juga untuk menyembunyikan lampu bawah. Di bilik kedua, kami memaksimakan ketinggian ruang bilik dengan memuatkan sebuah katil bertingkat – membolehkan dua individu berkongsi bilik dengan ruang yang lebih selesa dan luas. Kerana ingin memaksimakan cahaya semula jadi di kediaman impian anda, kami mereka bentuk khas *alcove di antara ruang makan dan ruang dapur agar tampak lebih luas dan selesa. Dengan reka bentuk yang luas di bahagian ruang dapur, kami berjaya membina sebuah kaunter yang juga berfungsi seperti pantry, memberi lebih ruang dan dimensi di ruang dapur. Alcove – Penghadang di antara ruang dinding rumah atau taman Apakah rekabentuk hiasan dalaman yang menjadi pilihan pada masa kini? Idea dalam membina kediaman yang lebih selesa dan terasa lebih kepada sebuah kediaman impian menjadi pilihan yang popular di kalangan individu kerana kita dapat lihat yang orang lebih suka beriadah di dalam rumah. Pelanggan juga lebih memilih rekaan minimalis dalam perancangan mereka, juga lebih mengutamakan rekaan yang mempunyai pelbagai fungsi dalam setia hiasan dalam berbanding kepada rekabentuk asli semata. Tema yang sering digunakan iaiitu ”Natural Moden”. Penggunaan warna dan bahan semula jadi adalah pilihan terkini di kalangan  pelanggan. Saya sentiasa meningatkan pelanggan agar jangan terlalu mengikut trend dan lebihkan memilih rekaan yang lebih selesa kerana ianya akan terasa lebih dekat dengan gaya hidup dan personaliti anda. Inspirasikan diri anda dengan idea rekabentuk kediaman 2021 disini (link) Apakah ciri-ciri kegemaran anda yang diterapkan di dalam kediaman ini dan sebabnya? Pada saya, secara peribadinya adalah ruang riadah di kediaman Cornflower ini, saya amat menyukai keluasan ruangnya dan cermin panelnya yang berkualiti tinggi. Ini dapat menikmati pencahayaan semula jadi di seluruh ruang riadah dan ruang makan. cornflower kitchen Saiz ruang dapur untuk kediaman teres berkembar satu tingkat agak besar dan luas di mana ianya direka bagi lebih keselesaan terutamanya untuk keluarga muda yang lebih gemar menggunakan setiap sudut ruang yang ada. Apakah benda yang wajib anda beli setiap kali anda membeli perabot untuk kediaman anda? Secara peribadinya, saya amat menyukai dekorasi rumah seperti tiang lilin, pasu, alas meja kerana rekaan terlalu menarik dan terhad. Selalunya, saya akan lebih tertarik dengan benda yang mempunyai warna yang menarik perhatian. Dan akhirnya saya akan terbeli lebih dalam setiap pembelian saya. cornflower ID items Design base – Adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di Singapura dan beroperasi di Kuala lumpur pada 1998 oleh sekumpulan individu yang berdedikasi dan percaya bahawa rekaan boleh membentuk kehidupan. Perkara Kediaman satu tingkat yang bercirikan kotemporari ini dibina dengan keluasan 20’x70’ saiz lot dan menawarkan 3 ruang bilik dan 2 bilik air; sesuai untuk keluarga muda yang lebih kepada kemudahan di sekitar lokasi kediaman. Nikmati pengecualian duti setem jika anda adalah pembeli pertama, dan juga rebat sehingga RM20K dengan promosi rebat kami #BBSK20 yang menyambut ulangtahun Bandar Baru Sri Klebang yang ke-20. Bukan itu sahaja, kami juga turut menawarkan program percuma yang tiada tolok bandingannya iaitu Program “K4U” khas dari Kinta Properties supaya anda tidak perlu berbelanja lebih dalam membeli kediaman impian anda. Dengan ruang yang luas dan selamat untuk semua memberi anda ruang waktu yang lebih lama untuk anda bersama keluarga tersayang, mungkin inilah kediaman impian yang sesuai untuk anda? Bertempat di Golden Fields di Bandar Baru Sri klebang, rumah contoh dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 6 petang. Anda juga boleh menghubungi kami melalui talian atau aplikasi Whatsapp di 012 500 8018 untuk menempah slot lawatan anda untuk lebih inspirasi kediaman impian anda. Kerana kami sentiasa disini untuk anda.