Bekerja dari rumah dahulu selalunya untuk pekerja bebas masa (freelancer) tetapi dengan norma baharu, kebanyakan syarikat dan organisasi kini lebih mengalakkan pekerjanya bekerja dari rumah. Kita dapat melihat bagaimana rakyat Malaysia menyesuaikan diri dan keadaan semasa dengan membina ruang bekerja di bilik atau ruang tamu. Disini, kami ingin kongsikan koleksi rekaan ruang bekerja dan tips dari kediaman contoh kami yang terbaru yang mungkin boleh membantu anda mereka dan menghias ruang bekerja di rumah mengikut citarasa anda.
BINA RUANG KERJA ANDA
Bekerja dari rumah bermaksud ianya memerlukan anda mencipta ruang kerja yang boleh membuatkan anda berasa selesa, tenang dan memberi anda lebih fokus dan produktif. Teroka ruang di rumah dimana keadaanya ruangan tersebut membolehkan anda bekerja dengan selesa, seperti ruang belajar yang sunyi dapat membantu meningkatkan produktiviti kerja supaya anda boleh lebih fokus dengan kerja anda tanpa sebarang gangguan.
2. RUANG ALAM SEMULA JADI SEBAGAI PEJABAT ANDA
Elemen seperti alam semula jadi yang penuh kehijauan, kebiruan langit yang bertemankan awan, udara yang bersih dan segar serta rekaan semula jadi yang nyaman dan menenangkan sering menjadi pilihan pemilik kediaman dalam mereka bentuk ruang bekerja yang lebih selesa. Ini dapat meningkatkan lagi fokus dan kreativiti anda. Inilah masanya untuk anda melangkah ke ruang laman anda untuk melihat kehijauan dan menghirup udara segar yang pasti boleh mengubah mood anda pada hari itu.
Dan semestinya, tidak semua orang mempunyai ruang dalaman; anda boleh juga mencuba beberapa cara ringkat utuk membawa masuk elemen alam semulajadi sepert:
Menambah warna yang melambangkan alam semulajadi dalam ruang bilik. Gunakan warna warna neutral seperti hijau, putih, biru atau kuning yang melambangkan rumput, air, langit dan bunga agar tampak lebih tenang dan segar.
Penggunaan dekorasi yang membawa element semulajadi. Hiasi meja kerja anda dengan konsep batu-batuan, bunga-bungaan atau kerang-kerangan. Anda juga boleh mencuba konsep lain dengan menambah gambar atau lukisan yang membawa konsep yang lebih kurang sama jika bahan untuk hiasan dalaman yang diperlukan tiada dalam stok.
Buka tingkap rumah anda dan nikmati udara yang segar. Tutup suis penghawa dingin anda sekali sekala dan menghirup udara segar dan nikmati pencahayaan semulajadi yang masuk ke dalam kediaman anda boleh memberi anda suasana yang lebih nyaman dan tenang.
3. Rehat Sebentar Untuk Kekal Fokus Lebih Lama
Kajian menunjukkan bahawa waktu rehat yang singkat di pertengahan waktu bekerja anda, ia dapat meningkatkan tahap produktiviti dan kreativiti anda. Ambil waktu rehat yang singkat ini dengan melakukan sesuatu seperti meminum air sejuk (mungkin anda boleh cuba membuat kopi Dalgona, yang kini sedang menjadi trend di media sosial), membuat panggilan melalui Zoom dengan keluarga atau sahabat handai anda, bermanja dengan haiwan peliharaan atau lelap sebentar antara idea yang menarik yang boleh membantu anda supaya anda lebih cergas dan lebih fokus untuk melakukan sebarang pekerjaan.
Kita semua mempunyai citarasa atau tabiat yang berbeza, tetapi itu bukanlah sesuatu yang wajib kita buat tapi ianya perlu bagi kita supaya kita akan menjadi lebih fokus untuk lebih lama.
Sampai Sini Sahaja!
Sudah tiba masanya untuk kita meletakan satu garis sempadan dalam melakukan pekerjaan kita yang ibarat seperti tiada hari esok. Bekerja dari rumah tidak bermaksud anda perlu bekerja 24/7 tanpa Batasan.
Sentiasa maklumkan rakan sejawat atau rakan kongsi anda tentang jadual bekerja anda dan bagaimana cara berkomunikasi dengan lebih efisien. Keseimbangan
Jadikan ia satu rutin wajib.
Mungkin tidak semua tips berguna untuk anda jadikan ia satu rutin dalam hidup anda. Anda hanya perlu pilih 2 atau 3 tips yang sesuai dengan citarasa anda supaya ianya boleh menjadikan hidup anda lebih produktif dan dalam masa yang sama anda berasa lebih nyaman dan menyeronokkan.