8 Idea Reka Bentuk Khas Untuk Ruang Bekerja Dan Ruang Belajar Anda

Post at:
2021-05-18
BM

8 Idea Reka Bentuk Khas Untuk Ruang Bekerja Dan Ruang Belajar Anda

Adakah anda sedang mencari idea untuk ruang pejabat di rumah anda atau ruang belajar untuk si kecil? Terokai inspirasi anda dengan beberapa idea dan konsep dari kediaman contoh kami yang terbaru ini.
  1. Menambah sesekat kaca
Ixora2 yang baru sahaja dilancarkan, didatangkan dengan pelan lantai yang fleksibel yang direka khas untuk menampungkeperluan #HomeLife anda sesuai dengan norma baru pada masa kini. Sesekat kaca yang membahagikan ruang tamu luas di tingkat atas, dan membina ruang bekerja yang berkonsepkan kontemporari dan bebas dari bunyi bising tanpa anda perlu menjauhkan diri dari keluarga dan bekerja di dalam keadaan yang sempit.
ixora2 working space
Ixora2, rumah berkembar dua tingkat yang berukuran 42.6’x90′

2. Berani Mencuba

Berani mencuba sesuatu warna dan dalam masa yang sama mengekalkan reka bentuk yang segar dan minimalis. Bermain dengan warna terang seperti elemen warna kuning matahari dapat menceriakan suasana terutamanya kepada mood si kecil untuk belajar. Ruang bekerja berganda di Ixora2 ini didatangkan dengan suasana yang segar dengan rekabentuknya yang tampak sederhana dan juga pemilihan warna yang sesuai.
ixora2 bedroom and study space
Ixora2, rumah berkembar dua tingkat yang berukuran 42.6’x90′

3. Tentukan Konsep Ruang Kerja Anda

Ruang anak-anak kini menjadi satu kemestian lebih-lebih lagi apabila pembelajaran telah menjadi satu rutin. Ruang yang selesa, luas dan menarik mampu membantu anak-anak untuk lebih fokus ketia sesi pembelajaran secara virtual. Bilik tidur di kediaman Olive mampu mendapat pencahayaan semualajadi yang banyak sesuai dengan rekaan hiasan dalaman bilik si kecil.
Olive, bedroom and study space
Olive, rumah teres dua tingkat 20’x65′

4. Kertas Dinding Peranan Utama Dalam Menentukan Suasana Ruang

Kertas dinding yang digunakan dapat mencipta suasana dalam sesebuah ruang itu, dengan cara menghiasi ruang bilik yang menggabungkan tema bandar dan tona biru dapat mengubah ruang belajar yang dapat menginspirasikan si kecil untuk lebih berminda kreatif.
Aspen bedroom and study space
Aspen, rumah teres dua tingkat yang berukuran 22’x75′

5. Penggunaan Warna-Warna Ceria

Penggunaan warna-warna yang ceria dah indah dapat mengubah minda anda untuk menjadi lebih produktif dan kreatif. Ruang bilik di kediaman Olive ini menggunakan warna merah jambu terang dan biru pastel, mencipta suasana seperti musim bunga yang menyingkirkan mood suram anda.
Olive study and bedroom
Olive, rumah teres dua tingkat berukuran 20’x65′

6. Alam Hijau Dalam Kediaman

Tiada yang lebih terasa nyaman dan tenang dari bekerja dalam suasana yang penuh kehijauan. Mencuba konsep hijau dalam laman sebagai suasana ruang bekerja anda, berhadapan ruang tingkap penuh dengan pemandangan hijau atau mereka hiasan dalaman kediaman dengan sedikit elemen semulajadi untuk menghidupkan lagi suasana sekeliling kediaman anda. Rumah teres dua tingkat, Oak dibina dengan ruang laman khas di dalam kediaman. Dan anda hanya perlu mulakan pekerjaan anda dan merasai sendiri ruang inspirasi Zen yang ada di sini.
Oak courtyard as working space
Oak, rumah teres dua tingkat yang berukuran 20’x70′

7. Koordinasi Warna

Warna warna yang lembut dan neutral sebagai pilihan utama dalam menghiasi meja dan dinding ruang bekerja dapat membantu anda untuk lebih fokus. Warna sofa yang hijau baldu dapat memberi anda tenaga dan lebih inspirasi. Ruang bilik ganti yang terdapat di kediaman Tman Meru Mentari ini direka khas dan dijadikan ruang yberbentuk studio dan lebih menyenangkan.
TMM study room
Taman Meru Mentari, rumah teres dua tingkat yang berukuran 20’x70′

8. Luas dan Ceria

Untuk ruang kerja yang terang dan terasa nyaman, posisi meja dan kerusi haruslah menghadap tingkap untuk lebih pencahayaan dan udara yang segar. Manakala haisan dalaman yang minimalis disulami elemen putih yang terang membuatkan anda berasa seperti suasana berada di ruang kerja di tepi pantai.
Primrose study arae and bedromm
Primrose,  kediaman kluster yang berukuran 35’x75′
Fleksibiliti mengikut keperluan dan citarasa anda menjadi topik utama dalam #HomeLife hari ini. Untuk melihat lebih banyak rekaan hiasan dalaman di kediaman impian, klik sini untuk melihat koleksi kediaman contoh kami. Hubungi kami melalui telefon atau aplikasi WhatsApp di talian 012 500 8018 untuk maklumat lanjut atau tempah temu janji untuk melihat kediaman contoh kami.