Kediaman Serba Baru Atau Kediaman Sub-Sale?

Post at:
2021-05-12
Olive link home ipoh
BM

Kediaman Serba Baru Atau Kediaman Sub-Sale?

“Adakah saya perlu membeli kediaman sub-sale atau yang serba baru?” Membeli sebuah kediaman mungkin adalah antara keputusan yang terbesar dalam hidup anda. Di sini kami membuat perbandingan bagaimana ianya boleh membantu anda dalam menentukan yang mana adalah terbaik buat anda.  
  1. Harga & Diskaun
Kediaman Baru Rata-rata harga untuk kediaman baru adalah lebih tinggi dari kediaman sub-sale kerana ianya masih baru dan mempunyai kerosakan yang tidak ketara. Kediaman baru juga menawarkan diskaun atau rebat untuk kediaman baru yang berbentuk pengecualian dari duti setem, diskaun pembeli terawal, wang pendahuluan yang rendah dan sebagainya untuk menarik perhatian pembeli kediaman yang berpotensi. Kediaman Sub-sale  Rumah sub-sale selalunya dijual dengan harga yang lebih rendah berbanding rumah baru kerana ianya lebih berusia dan berkemungkinan mempunya kerosakan yang ketara. Harganya juga tidak ditawarkan sebarang diskaun dan anda bertuah anda berjaya mendapatkan harga yang lebih murah jika anda bijak dalam tawar-menawar dengan penjual rumah tersebut. Kinta Properties:  Kinta properties kini menawarkan rebat istimewa sehingga RM65K. Hubungi penasihat jualan kami untuk mengetahui tentangnya dengan lebih lanjut di 012-500 8018.
  1. Waranti
Kediaman Baru Di bawah akta HDA of Malaysia, sebarang kerosakan liability adalah dilindungi dalam tempoh 24 bulan (hak persendirian) atau 36 bulan (hak strata) bermula dari Tarikh penerimaan kunci (pemilikan rumah) dari pihak pemaju dimana pihak pemaju perlu mengambil tindakan segera jika berlaku apa apa kerosakan pada kediaman pembeli. Kediaman Sub-sale  Jika anda baru berpindah masuk beberapa bulan, dan terdapat beberapa kerosakan yang ketara; anda perlu membaikinya menggunakan wang sendiri. Sebelum membeli kediaman sub-sale, anda perlu memeriksa sendiri setiap sudut rumah jika terdapat sebarang kerosakan dan memaklumkan pemilik kediaman terdahulu untuk mengambil tindakan dan membaikinya sebelum menjualnya kepada anda. Kinta Properties: Program K4U yang di cipta khusus buat pembeli kediaman di Kinta Properties, kami menawarkan waranti tambahan sehingga 16 bulan (24 bulan waranti standard) menjadikannya 40 bulan waranti rumah untuk anda. Ketahui lebih lanjut disini..      
  1. Proses Pindah Masuk
Kediaman Baru Apabila anda membeli kediaman yang masih di dalam pembinaan, anda perlu menunggu sekurang-kurangnya dua tahun sebelum ia siap sepenuhnya. Terdapat beberapa syarikat pemaju perumahan yang tidak menepati tarikh akhir dan ada juga yang meninggalkan projek perumahan begitu sahaja tanpa sebarang berita. Inilah sebab betapa pentingnya untuk anda perlu lebih berhati-hati dan hanya membeli kediaman impian anda dari syarikat pemaju yang mempunya reputasi yang tinggi. Kediaman Sub-sale  Jika anda membeli kediaman sub-sale atau hartanah yang sudah sedia ada, anda tidak perlu bersusah payah memikirkan tentang proses pindah masuk ke kediaman anda selepas kertas kerja selesai dilengkapkan (proses 2 hingga 3 bulan) Kinta Properties Lebih dari 18 tahun bertapak di Bandar Baru Sri Klebang, Kinta Properties telah mengubah Bandar Baru Sri Klebang kepada kawasan kejiranan yang kondusif dengan lebih dari 2300 rumah dibina untuk komuniti yang terdiri dari perlbagai kaum agama. Di bawah program K4U, kami turut menawarkan jalur lebar internet secara percuma selama 24 bulan (*stok terhad) dan pemasangan siap LAP & TNB untuk kemudahan anda.. Dari rumah siap sehingga di dalam pembinaan, terokai kediaman baru bersama kami hari ini disini.
  1. Pilihan Kediaman & Keadaanya
Kediaman Baru Sebagai pemilik pertama rumah, anda menginginkan yang terbaik dari asas rumah sehinggalah ruang yang ingin digunakan haruslah dalamn keadaan yang baik. Anda berhak untuk memilih kediaman impian anda seperti memilih jenis rumah, pelan rumah dan juga kedudukan rumah tersebut dan sebagainya.    Sub-sale Apa yang anda lihat, itulah yang anda akan dapat, anda sepatutnya lebih terasa dekat dengan kediaman itu. Walaupun terdaapat sedikit kekangan dalam mengubah reka bentuk tempat itu, di mana ianya kelihatan agak lama dan memerlukan sedikit sebanyak penambahbaikan.  Kinta Properties Terokailah koleksi koleksi rumah kami yang luas dan sesuai untuk keluarga kecil mahupun besar. Terdapat juga koleksi rumah kami seumah bertingkat, semi D, rumah kluster, banglo dan townhouse dan lihatlah secara dekat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pilihan kediaman idaman anda! Klik sini untuk lawatan secara virtual atau hubungi kami di 012 500 8018.