Tips untuk menjaga kebersihan rumah anda ketika COVID-19

Post at:
2021-07-29
BM

Tips untuk menjaga kebersihan rumah anda ketika COVID-19

‘Bersih hingga berkilat”, kata-kata yang sering kita dengar ketika hari perayaan menjelang tiba. Inilah masanya di mana kita akan berusaha mengatur suai dan membersihkan rumah dan tempat kerja kita. Oleh kerana kita semua melalui waktu dan keadaan  yang berbeza, ini adalah masa yang tepat untuk kita memikirkan cara-cara bagaimana kita dapat meningkatkan tahap kebersihan di kawasan tempat tinggal dan tempat kerja kita. Berikut adalah beberapa tips yang mungkin dapat membantu anda menjaga rumah anda  supaya sentiasa bersih berkilat.
  1. Zon Masuk dan Zon Santai
Ruang tamu terbahagi kepada dua iaitu ruang pintu masuk dan ruang tamu, Zon Masuk dan Zon Santai , akan membantu mencegah jangkitan dari memasuki kawasan kediaman. Zon Masuk akan menjadi kawasan antara pintu masuk dan ruang tamu, seperti ruang legar / ruang masuk sementara Zon Santai adalah kawasan di mana kita makan dan tinggal; ruang tamu, ruang makan atau bilik tidur. Pastikan anda keluarkan barang-barang yang mungkin bersentuhan dengan kawasan yang sering dikunjungi orang atau permukaan yang disentuh orang, seperti kasut dan beg membeli-belah di Zon Masuk, bagi memastikan bahawa tiada sebarang kemungkinan jangkitan dibawa ke Zon Santai. Dengan melakukan langkah-langkah pra-perancangan kecil ini, anda tidak perlu kerap membasmi kuman atau membersihkan kawasan tempat tinggal; cukup sekadar dua kali seminggu.
  1. Prinsip dalam pembersihan
Beberapa kajian menunjukkan bahawa virus Covid-19 ini dapat bertahan di atas permukaan dari beberapa jam hingga beberapa hari. Membersihkan dan membasmi kuman permukaan yang kerap disentuh termasuk meja, kerusi, almari, gagang pintu, suis lampu, dan penutup tingkap adalah langkah penting untuk megurangkan risiko jangkitan. Dua prinsip semasa membersihkan perlu dilihat dengan teliti: Dari atas ke bawah: Pembersihan harus dilakukan dari kawasan yang lebih tinggi dan jalankan setiap lantai. Bersih hingga kotor: Sentiasa mulakan dengan permukaan dan objek yang lebih bersih dan kemudian bersihkan permukaan yang lebih kotor (misalnya, kawasan di dalam tandas), untuk mengelakkan pencemaran silang pada permukaan yang bersih. Sentiasa memakai sarung tangan sekali pakai semasa membersihkan. Buangkan sarung tangan terpakai ke tong sampah yang ditutup apabila selesai dan segera basuh tangan anda. Tips: Jangan lupa membersihkan peranti elektronik anda seperti alat kawalan jauh dan telefon bimbit. Bersihkan dengan kain lembut dengan disinfektan yang sesuai dan gunakan kapas untuk membersihkan ruang yang sempit di antara butang. 
  1. Ruang kerja siap sedia menyiapkan tempat kerja
Adakah anda sudah terbiasa bekerja dari rumah waktu ini? Waktunya hampir tamat (harap begitulah!) Dan ya, kita akan kembali ke pejabat seperti sediakala; ada cara untuk kita bekerja bersama untuk menjadikan ruang kita lebih selamat. Sanitisi ruang kerja anda Pada awal pagi di pejabat, bersihkan tempat kerja anda dengan semburan sanitasi atau tisu pembasmi kuman, terutamanya barang yang sering anda sentuh seperti butang monitor, papan kekunci, tetikus, telefon di meja, dan jangan lupa permukaan meja anda. Memastikan kebersihan diri Cucilah tangan anda dengan kerap, terutamanya setelah memegang barang-barang yang dikongsi di pejabat seperti telefon, cerek air, pemegang pintu, butang lif, dan suis lampu. Tips: Simpan sebotol permbersih sanitasi tangan di meja anda jika sabun dan air tidak mudah diakses oleh anda di tempat kerja anda. Tidak ada yang tahu pasti bila pandemik COVID-19 akan berakhir tetapi ia pasti akan berakhir juga suatu hari nanti.  Buat masa ini, basuh tangan anda dengan kerap, jaga kebersihan di rumah, penjarakan sosial dan tunjukkan sikap prihatin kepada mereka yang mungkin memerlukan sokongan tambahan akerana ianya adalah cara terbaik untuk kita memainkan peranan kita pada waktu sukar ini.