Ruang Kediaman Yang Mana Menjadi Pilihan Utama Anda?

Post at:
2021-05-20
Ixora bedroom
BM

Ruang Kediaman Yang Mana Menjadi Pilihan Utama Anda?

Kita semua mempunyai ruang kegemaran dalam kediaman kita seperti ruang dapur, ruang bilik tidur malah bilik air juga boleh menjadi tempat kegemaran kita. Kini kita lebih banyak meluangkan masa di rumah berikutan norma baru yang dipraktikkan. Bukan itu sahaja, kita juga menjadikan keadaan ruang kediaman mengikut suasana norma baru dan tidak hanya sekadar ruang untuk memasak, tidur ataupun sekadar mandian hangat. Jadi, ruang yang manakah menjadi kegemaran anda? Ruang Tamu wish you were homeSemi detached LIVE IPOH ixora Sesebuah ruang itu adalah satu tempat yang menjadi pilihan untuk hiburan bersama rakan, berehat bersama keluarga, meluangkan masa santai dengan membaca buku atau menonton drama kegemaran. Jika anda seseorang yang sukakan masa untuk bersendirian tanpa melakukan apa apa aktiviti, maka ruang tamu semestinya ruang kegemaran anda tatkala berada di rumah. Ruang MakanSemi detached DINING ixorawish you were home- dining Ruang makan adalah sebuah tempat keluarga unutk berkumpul bersama dan berkongsi cerita dan makanan kegemaran. Ruang makan yang selesa tidak perlu terlalu besar tetapi masih boleh memuatkan ahli keluarga anda. Ruang LamanOak courtyard Mengimpikan sebuah laman di dalam rumah? Sebuah ruang laman dalam rumah untuk kita nikmati rasa seperti suasana berekreasi di luar rumah semestinya akan menjadi tempat kegemaran di kediaman kita. Ruang KerjaTMM study roomOlive study and bedroom Kebanyakan orang kini lebih banyak bekerja dari rumah dalam suasana norma baru, dan semestinya tiada tempat yang lebih kondusif dan selesa untuk kita jadikan ruang kerja kita lebih selesa supaya kita kekal tenang dan fokus. Ruang Bawah TanggaAspen reading nook Suka membaca buku? Ubah runag bawah tangga anda dengan menambah kerusi yang empuk dan ruang penyimpanan naskhah dan buku kegemaran anda. Ruang Dapuraspen kitchenOak kitchen Ruang dapur mungkin bukan ruang yang menjadi pilihan pertama anda, tetapi ruang ini bukan sekadar untuk memasak sahaja. Ruang ini boleh menjadi tempat pemula topik perbualan anda bersama keluarga tersayang. Ruang Bilik TidurIxora bedroom Kita banyak meluangkan 1/3 dari masa kita dengan tidur, maka ruang ini pasti menjadi pilihan utama sebagai ruang kegemaran kita. Apa pendapat anda? Hubungi penasihat jualan kami melalui telefon atau aplikasi Whatsapp di talian 012 500 8018 untuk menempah temu janji lawatan peribadi ke kediaman contoh kami. Dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 6 petang.