Kita dapat lihat sejak kebelakangan ini, ramai yang memilih untuk membeli rumah yang masih di dalam pembinaan. Ada yang juga menunjukkan minat untuk membeli kediaman pertama mereka hanya dengan melihat pelan rumah atau replika yang disediakan oleh pihak pemaju. Dengan cara ini, mereka boleh membayangkan sendiri bagaimana kedudukan setiap bahagian di dalam rumah dan membuat perancangan awal untuk sebarang pembelian isi rumah seperti pemilihan perabot dan rekabentuk hiasan dalaman kediaman impian mereka.
Terdapat beberapa manfaat yang boleh kita lihat jika pembeli ingin memiliki kediaman impian mereka seawal yang mungkin tanpa sebarang kerumitan yang perlu dihadapi.
- HARGA YANG LEBIH MURAH DENGAN PROMOSI PEMAJU
Secara ekonominya, kita sebenarnya sudah bersedia untuk membeli kediaman impian kita. Antara faktor utama para pembeli kediaman antaranya ialah kerana harga pasaran yang lebih murah ditawarkan untuk rumah yang masih dalam pembinaan. Dengan promosi yang ditawarkan oleh pihak pemaju serta insentif lain seperti pengecualian duti setem untuk pembeli rumah pertama juga turut menarik perhatian para pembeli kediaman.
Dengan mengambil rumah teres dua tingkat, Oak2 sebagai contoh, bermula dari harga RM384,800 sempena ulangtahun Bandar Baru Sri Klebang yang ke-20, pembelian kediaman akan dapat menikmati diskaun rebat sebanyak RM20K dan dengan diskaun bumiputera sebanyak 7%, menjadikan harga rumah idaman anda lebih murah dari yang anda sangka.
Oak2 adalah koleksi baru rumah teres dua tingkat yang dilancarkan oleh Kinta Properties, ketahui lebih lanjut di sini
- SIAPA CEPAT DIA DAPAT!
Kediaman yang masih dalam pembinaan menjadi perhatian kebanyakan pembeli kediaman bukan sahaja kerana harga yang ditawarkan lebih murah, tetapi juga pilihan kedudukan kediaman juga menjadi faktor utama para pembeli kediaman. Ada di antara pembeli menginginkan kediaman yang mempunyai lebih pencahayaan semula jadi, ada juga diantara mereka menginginkan kedudukan rumah di lot hujung kerana ruang tempat letak kereta yang luas. Hal seperti ini juga memerlukan perancangan yang rapi dan pembelian yang cepat kerana dikhuatiri lokasi kediaman pilihan juga ada pesaingnya sendiri.
Di Taman Meru Mentari, pembeli kediaman sanggup menunggu semalaman hanya untuk memilih kedudukan rumah mereka walaupun kaunter pendaftaran belum dibuk. Salah seorang pembeli kediaman Taman Meru Mentari, En. Zul berkata, “Ada sebuah lot di lorong terakhir yang saya amat berminat dan disebabkan itu saya datang dan menunggu sejak 8:30 malam tadi”.
- LAGI AWAL LAGI BAGUS!
Pembeli kediaman lebih memilih kediaman yang masih dalam pembinaan selepas menitikberatkan pelan kewangan mereka untuk masa akan datang. Rumah yang masih di dalam pembinaan, tetapi bayaran bulanan kepada pihak bank sudah berjalan tiga bulan selepas ‘Surat Perjanjian Jual Beli’ (SPA) ditandatangani. Jika dilihat dari sudut positif, dengan kadar bunga yang sangat rendah telah ditawarkan sejak tahun 2010, ini akan membawa kesan yang baik terhadap kadar bunga pinjaman sepanjang jangka masa pinjaman anda dengan pihak bank.
Ketahui dengan lebih lanjut disini bagaimana kadar OPR akan membawa kesan terhadap pembayaran ansuran pinjaman anda.
- KEPERCAYAAN YANG DIBINA LEBIH 50 TAHUN
Kinta Properties telah bertapak di Malaysia lebih 50 tahun dan masih disini atas dasar kepercayaan yang telah diberikan oleh pembeli kediaman di Kinta Properties. Mempunyai reputasi yang tinggi dalam industri pembinaan dan perumahan, Kinta Properties sentiasa memberikan yang terbaik kepada pelanggan. Setiap kediaman yang dibina oleh Kinta Properties adalah kediaman yang sentiasa membawa kelainan dari segi reka bentuk dan keluasan tetapi juga dari segi pencahayaan semula jadi untuk kediaman anda.
- PROGRAM K4U HANYA UNTUK ANDA
Kinta Properties telah melancarkan program K4U di mana program ini menawarkan kihdmat dari perunding kewangan secara percuma. Selain dari itu, waranti kediaman juga turut diberi penambahan selama 16 bulan (24 bulan waranti standard) menjadikan jumlahnya adalah sebanyak 40 bulan. Jaminan 4 tahun Perlindungan Isi Rumah turut disediakan bagi melindungi harta benda peribadi anda sehingga RM50K. Turut menarik perhatian pembeli kediaman di bawah Kinta Properties adalah, program ini juga menyediakan pemasangan meter LAP dan TNB secara percuma dan Broadband internet percuma selama 2 tahun.
Memiliki kediaman sendiri adalah satu langkah yang besar terutamanya bagi pembeli kediaman yang membeli rumah buat pertama kalinya, tetapi kami sentiasa berada di sini untuk membantu anda. Ketahui lebih lanjut tentang promosi dan tawaran yang menarik dari kami dengan klik disini. Hubungi penasihat jualan kami jika anda mempunyai sebarang pertanyaan melalui telefon atau aplikasi Whatsapp di talian 012 500 8018.