Selaraskan Kewangan Anda Ketika Memohon Pinjaman Rumah

Post at:
2021-05-28
Home loan amount you can borrow
BM

Selaraskan Kewangan Anda Ketika Memohon Pinjaman Rumah

Adakah anda lagi sedang merancang untuk membeli rumah atau sedang melalui proses dalam memohon pinjaman rumah? Penasihat jualan kamis edia membantu anda dalam memahami dan memilik permohonan pinjaman perumahan yang terbaik mengikut kriteria kewangan anda. Disini kami juga menyenaraikan beberapa tips yang berguna untuk anda sebelum anda membuat permohonan pinjaman rumah secara rasmi. Ketahui jumlah maksimum yang boleh anda mohon

Home loan amount you can borrow

Selalunya, pembeli kediaman untuk kali pertama mengharapkan permohonan pinjaman rumah lulus dengan 90% dari harga sesebuah hartanah tersebut, dimana 10% yang selebihnya adalah dari pembeli iaitu dijadikan sebagai wang pendahuluan.   Jika anda bukan pembeli kediaman kali pertama dan anda memiliki dua atau lebih pelan pinjaman perumahan, anda hanya akan mendapat maksimum 70% untuk pinjaman rumah yang seterusnya. Jumlah pinjaman dari pihak bank yang akan diluluskan adalah berdasarkan beberapa syarat iaitu:
  • Jenis hartanah yang ingin dibeli
  • Umur
  • Pendapatan
Guna kalkulator pinjaman rumah kami ini untuk membantu anda untuk memahami dan melihat harga rumah dan ansuran bulanan yang sesuai untuk anda. Skim Rumah Pertamaku yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada tahun 2011 menawarkan 100% pinjaman penuh supaya ia dapat membantu golongan muda untuk memiliki rumah pertama mereka. Dengan margin kewangan 100%, pinjaman yang diluluskan akan meliputi harga kediaman baru anda dimana anda tidak perlu memnyediakan sebarang wang pendahuluan dan hanya membayar ansuran bulanannya sahaja. Penjawat awam juga turut mendapat maanfat untuk pelan pinjaman perumahan kerajaan dimana pinjaman ang diluluskan oleh pihak bank berdasarkan kelayakan pendapatan penjawat awam tersebut sehingga 100% pinjaman penuh. Perbandingan Antara Jenis Pelan Pinjaman Perumahan Islamic loan Di Malaysia, terdapat 4 kategori pelan pinjaman perumahan dimana kebanyakkan pinjaman perumahan mempunyai kadar bunga yang berbeza mengikut kadar asas bank. Kadar bunga boleh diubah – kadar bunga pinjaman ditentukan dari Kadar Asas (Base Rate) sesebuah bank. Jika Kadar Asas menaik atau menurun, kadar bunga pinjaman juga akan mengikut kenaikan atau penurunannya. Baca selebihnya disini how you can benefit from the latest OPR cut. Lihat jenis pinjaman perumahan yang sesuai untuk anda disini  Memohon pinjaman perumahan kediaman impian anda.

Dokumen apa yang perlu disediakan? Home Loan documents you need Jika anda sudah bersedia untuk membuat permohonan pinjaman perumahan, anda perlu melengkapkan beberapa dokumen iaitu:
  • Salinan kad pengenalan anda
  • Resit Tempahan Hartanah
  • Perjanjjan Jual Beli
  • Slip gaji 3 bulan atau 6 bulan yang terkini serta slip penyata akaun bank
  • Slip Penyata KWSP yang terkini
  • Cukai Pendapatan – Borang B/E dan slip pembayaran Borang EA
Sesetengah bank mungkin memerulkan anda untuk melengkapkan lagi dokumen dokumen lain seperti penyata Deposit (Deposit Tetap, ASB atau bon serta sijil diploma atau ijazah bagi tempoh pemanjangan banyaran ansuran bulanan)   Berapa lama tempoh proses permohonan pinjaman perumahan untuk diluluskan? Jika semua dokumen telah dilengkapkan, ianya mengambil masa dua hingga tujuh hari untuk anda mendapat maklum balas dari pihak bank melalui verbal sama ada pinjaman perumahan anda diluluskan atau tidak. Ia bergantung kepada jumlah amaun yang ingin dipinjam, tempoh pinjaman serta syarat kelayakan anda.

JIMAT LEBIH

BBSK20 blog Bandar terancang Bandar Baru Sri Klebang (BBSK) menyambut ulangtahun yang ke-20 dan nikmati rebat sehingga RM20k dan pengecualian setem duti jika anda pembeli kediaman kali pertama. Lawati kediaman contoh kami melalui platform lawatan secara virtual kami. Hubungi penasihat jualan kami di talian 012 500 8018, dan kami sedia membantu anda dalam menjalani proses permohonana dengan lebih mudah serta memilih pelan pinjaman perumahan yang terbaik untuk anda.