Hak Milik Kekal vs Hak Milik Pajak

Post at:
2021-05-28
BM

Hak Milik Kekal vs Hak Milik Pajak

Adakah anda sedang mencari kediaman yang tepat untuk anda dan keluarga anda? Sepanjang pencarian anda, adakah anda bijak dalam melihat perbezaan di antara kediaman berstatus hak milik kekal dengan hak milik pajak?

Di sini, kami akan menjelaskan secara terperinci mengenai perbezaan dia antara Hak Milik Kekal dan Hak Milik Pajak dan bagaimana ianya dapat membantu anda dalam urusan jual beli hartanah.

Hak Milik Kekal

Hartanah berbentuk hak milik kekal adalah hartanah yang dimilik sepenuhnya oleh tuan punya hartanah tanpa ada sebarang masuk campur dari pihak kerajaan. Dengan memegang gelaran Hak Milik Induk yang juga dikenali sebagai gelaran yang digunakan di kalangan pihak pemaju. Hak Milik Induk akan memindahmilk hartanah yang dibina atau dimilik kepada pemilik baru seperti rumah semi D.

Unutk kediaman strata seperti kondominium atau hartanah bertingkat yang bernilai tinggi, pembeli hartanah akan memiliki kediaman tersebut tetapi tanah masih menjadi milik pihak pemaju. Maka, pihak pemaju akan membahagikan pindahmilik kepada pemilik-pemilik kediaman di bawah gelaran pemilik strata.

Hak Milik Pajak

Seperti gelarannya, pembeli bukanlah pemilik kepada hartanah tersebut, di mana ianya membawa maksud penyewa yang diberikan hak pemilikan hartanah tersebut dalam satu jangka masa yang telah ditetapkan. Di Malaysia, jangka masa yang ditetapkan adalah di antara 33 hingga 99 tahun.

Apabila anda telah mencapai waktu matang pajakan, anda perlu menghantar permohonan kepada pihak kerajaan untuk memanjangkan tempoh pajakan. Jika permohanan anda diluluskan,anda perlu membayar sejumlah wang yuran (jumlah berdasarkan nilai pasaran semasa)

Di bawah adalah infografik untuk rujukan anda supaya iainya lebih mudah untuk difahami perbezaan antara hak milik kekal dan hak milik pajakan.

Freehold Vs Leasehold

Hak milik kekal atau hak milik pajak

Jika anda merancang untuk mendiami sesebuah kawasan untuk jangka masa yang lama atau untuk mewarisi kediaman anda kepada anak cucu anda, kediaman hak milik kekal adalah pilihan yang terbaik untuk anda. Cuba lihat kediaman hak milik kekal yang kami tawarkan di Bandar Baru Sri Klebang, mungkin kediaman impian anda berada di sini.