Kinta Properties meraikan Hari Raya Aidilfitri ini dengan pelancaran Xyris, iaitu koleksi serba baharu kediaman berkembar dua tingkat di bandar terancang utama, Bandar Baru Sri Klebang.
Dengan ruang kediaman yang fleksibel, Xyris telah direka dengan teliti untuk keluarga besar serta berbilang generasi yang ingin tinggal bersama di bawah satu bumbung.
Berukuran 40’ x 80’ dan 40’ x 90’, rumah moden yang menakjubkan di kawasan berpengawal Grand Retreats ini memberi peluang kepada pemiliknya untuk mencipta kediaman impian mereka sendiri.
Pengurus Jualan Kinta Properties Karen Wong berkata, tingkat bawah Xyris adalah ruang tamu dan ruang makan berkonsepkan pelan kediaman terbuka, bersertakan dapur kering dan dapur basah yang luas. “Terdapat juga bilik tidur dengan bilik mandi, dan satu lagi bilik mandi umum di tingkat bawah.
“Tingkat atas pula mempunyai bilik keluarga yang luas, dengan tiga bilik tidur setiap satu dengan bilik mandi bersambung, dan balkoni berasingan untuk menikmati pemandangan sekitar Bandar Baru Sri Klebang.
“Secara keseluruhannya, Xyris mempunyai 4 bilik tidur dan 5 bilik air,” katanya.
Terletak di antara Bandar Meru Raya di barat daya dan Chemor di utara, Bandar Baru Sri Klebang terletak hanya 3km dari Aeon Klebang, restoran dan bank. Pada masa yang sama, pusat bandar Ipoh terletak dalam jarak 30 minit pemanduan yang singkat, menjadikannya tempat yang sesuai untuk dijadikan kediaman berbilang generasi.
Pemilik Xyris juga boleh menikmati kemudahan rumah kelab, The Centro, yang dilengkapi gimnasium, lapangan sasar 18 teluk, kolam renang dengan panjang 25 meter dan kafe yang dikendalikan oleh warga kerja Meru Valley Resort. Kediaman contoh kami dibuka untuk lawatan dari jam 10 pagi-6 petang setiap hari. Pembeli yang berminat juga boleh mengetahui lebih lanjut mengenai Xyris dan Bandar Baru Sri Klebang di www.kintaproperties.com atau dengan hubungi / WhatsApp Penasihat Jualan kami di 012 500 8018.