Anda merancang untuk membeli kediaman impian anda tetapi khuatir dengan bayaran ansuran bulanannya serta komitmen kewangan yang tinggi? Adakah anda tahu yang anda boleh menguruskan pelan kewangan anda melalui pengeluaran dari Akaun 2 KWSP anda?
Mari kita lihat bagaimana caranya,
- Warganegara dan Bukan Warganegara
- Berumur 55 tahun ke bawah
- Mempunyai jumlah minimum RM500 di dalam Akaun 2
- Membeli hartanah berupa rumah
- Kelulusan pinjaman perumahan melalui peminjam yang sah** ATAU melalui skim sewa milik*** ATAU wang sendiri
- Tidak pernah / belum pernah melucut hak pemilikan rumah tetapu sudah menjual hartanah tersebut
* Skin ini membenarkan ahlinya (secara individua tau pembeli bersama) untuk mengeluarkan wang dari akaun 2 KWSP untuk membeli kediaman (jenis: banglo/ teres/ semi-D/ apartment/ kondominium/ apartment studio/ apartmenr servis/ townhouse/ SOHO) atau lot kedai bersama unit residensi, daripada pihak pemaju, individua atau lelongan awam
Anda boleh membuat pengeluaran diantara harga rumah SPA dengan jumlah pinjaman yang diambil (selalunya 90% kelulusan bagi pembeli pertama kali yang perlu menyerahkan wang pendahuluan sebanyak 10%) dan penambahan 10% dari jumlah harga kediaman tersebut.
Sebagai contoh, jika anda membeli sesebuah hartanah berupa kediaman dari koleksi kediaman kami iaitu, Olive
Harga kediaman Olive: RM353,800; Jumlah Pinjaman(90%): RM318,420
Amaun yang anda boleh dikeluarkan: (RM353,800 – RM318,420) + (10% of RM353,800) = RM70,760
Atau jumlah wang dikeluarkan dari Akaun 2 KWSP anda, yang mana lebih rendah
Secara umumnya, anda perlu membayar jumlah pendahuluan dan melengkapkan beberapa syarat yang lain sebelum anda boleh melakukan sebarang pengeluaran:
- Wang pendahuluan kediaman tersebut.
- Yuran guaman dan duti setem untuk Perjanjian Jual Beli
-
- Form KWSP 9C (AHL) and Checklist
- Form KWSP 3 (Pindaan) – untuk penyerahan dokumen/ sistem cap jari tidak dapat disahkan
- Salinan dokumen pengenalan yang telah disahkan (bukan untun pemegang MyKad)
- Perjanjian Jual Beli – tidak lebih dari 3 tahun dari tarikh permohonan
Withdrawals are not allowed for Pengeluaran tidak akan diluluskan jika
- Membeli lot tanah/ lot rumah
- Pengubahsuaian/ pembaikan
- Pemilikan hartanah tidak lengkap melalui transaksi jual beli
- Ahli yang mengambil pinjaman overdraf
- Membeli rumah ketiga
- Membeli hartanah di luar negara
Permohonan pengeluaran KWSP ini adalah satu proses yang efisien: di mana proses keseluruhannya mengambil masa kurang dari 3 minggu dari tarikh permohonan sehinggalah oembayaran dibuat.
Mencari kediaman impian anda? Singgah sebentar di kediaman contoh kami untuk maklumat lanjut dan kami sentiasa bersedia untuk membantu anda dalam merancang pelan kediaman impian anda! Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat, sila layari lama sesawang di sini KWSP’s website