Tatkala anda memasuki pintu rumah anda, apakah perkara pertama yang menarik perhatian anda? Ruang legar pintu adalah tempat yang menjadi tanggapan pertama seseorang dan ianya adalah ruang yang bagus dalam mengekspresikan stail peribadi anda.
Disini kami ingin berkongsi beberapa tips dengan and bagaimana anda boleh mereka hias ruang pintu masuk anda bercirikan hiasan dalam yang penuh gaya dan unik.
Idea Dekorasi Bercirikan Vintaj dan Nostalgia
Menghias pintu masuk anda tidak semestinya memakan kos yang mahal. Dekorasi pintu masuk anda dengan barangan seperti cermin vintaj, aksesori rumah gaya lama atau bangku lama; barangan seperti ini anda dapati di pasar lambak di sekitar Ipoh seperti di Memory Lane, di sepanjang Jalan Dato Onn Jaafar pada hari Ahad atau bahkan di Kong Heng, Old Town, boleh memberi ruang pintu masuk anda kelihatan berbeza dan unik juga. Anda juga boleh menggunakan semula barangan lama seperti menggunapakai semula meja konsol lama nenek kepada cirinya yang nostalgia dan vintaj.
Di rumah teres dua tingkat kami, Cypress, pintu masuknya dihiasi dengan konsol gaya pertengahan abad dan pasu bunga yang sederhana untuk melengkapkan penampilan – mengetengahkan suasana nostalgia.
Jika anda lihat ruang pintu masuk kediaman teres dua tingkat Oak2, ianya dilengkapi dengan meja yang dibina siap bertamakan kayuan dan dekorasi karya seni yang memberi anda suasana vintaj.
Bawa Masuk Hijau Alam Ke Dalam Kediaman
Bawa masuk suasana nyaman dengan menambahkan sedikit kehijauan ke ruang pintu masuk anda. Bukan sahaja ia dapat membantu anda merasa lebih santai setelah seharian keluar, tetapi juga ia membantu membersihkan udara di kediaman anda.
Jika anda dapat lihat ruang legar pintu masuk kediaman teres dua tingkat Olive, dimana ianya dihiasi dengan dekorasi tumbuhan palsu yang memberi suasana dan warna yang segar sebaik sahaja anda membuka pintu masuk. Tema ini membawa sedikit kelainan dalam bahagian ruang kediaman yang lain seperti dekorasi tambahan di dinidng bawah tangga kediaman.
Ubah dan Suai Sehingga Ianya Menjadi Lambang Personaliti Anda
Tidak mudah untuk berfikir di luar kotak mencari idea dalam menghiasi pintu masuk anda, kadang-kadang anda tidak memerlukan tema tertentu. Cermin merah jambu comel yang tergantung di dinding, permaidani oren di lantai atau bahkan lampu meja yang menarik perhatian anda semasa anda mencari sesuatu yang unik untuk kediaman anda. Selagi anda merasa selesa di rumah dan itu juga membuat anda merasa bangga dengan diri sendiri, itu yang paling penting dalam asas dekorasi kediaman impian anda.
Ambil contoh seperti pintu masuk yang unik di rumah teres dua tingkat kami iaitu di Taman Meru Mentari, karya seni sederhana di dinding berwarna hijau yang menarik perhatian tetamu anda dengan cirinya yang unik.
Penuhi Ruang Pintu Masuk Anda Dengan Memori Terindah
Bingkaikan kenangan manis anda dan paparkannya di pintu masuk anda kerana ianya mungkin akan memberikan suasana yang ideal untuk tetamu anda. Dari perjalanan pertama keluarga anda ke pantai, gambar rakan-rakan makan malam bersama atau momen yang anda banggakan untuk berkongsi, seperti tamat pengajian, mungkin beberapa bingkai gambar dengan pelbagai saiz dan reka bentuk boleh digunakan untuk mewujudkan suasana yang nyaman dan pintu masuk yang selesa ke kediaman anda yang indah ini.
Lihat kediaman semi-D Ixora 2, dimana anda boleh meletakkan sebuah bingkai seni lukis yang besar atau gambar kenangan manis bersaya keluarga tercinta.
Memastian Ruang Pintu Masuk Tampak Lebih Kemas Dan Teratur
Ruang yang teratur akan mempunyai suasana yang selesa dan nyaman walaupun anda tidak memberikannya sentuhan vintaj atau sebarang tema kehijauan di sepanjang jalan masuk anda. Cukup sekadar ruang untuk menyimpan kasut, beg, atau payung anda supaya ruang legar anda bebas dari sebarang kekusutan.
Jika anda dapat lohat ruang penyimpanan barang yang ditambah di Semi-D Ixora, ruang legar masuk tampak lebih kemas dan tidak sepah dengan kasut mahupun payung di atas lantai membuat anda masuk ke dalam rumah dengan lebih tenang dan tidak menyakitkan mata.
Tanggapan pertama amat penting dan begitu juga ruang pintu masuk rumah anda. Anda boleh mencuba satu, dua atau lebih hiasan pada masa yang sama dapat menarik perhatian keluarga dan rakan anda. Selamat mencuba!
Untuk melihat lebih insipirasi dalam reka bentuk pintu masuk kediaman, lihat koleksi kediaman contoh kami melalui lawatan secara maya kami di sini. Hubungi atau WhatsApp penasihat jualan kami di 012 500 8018. Kami sentiasa ada disini untuk menjawab segala pertanyaan anda.