Kinta Properties telah melancarkan koleksi baharu kediaman berkembar dua tingkat, menampilkan dua jenis kediaman yang berbeza, Ixora2 dan Iris. Kedua-dua kediaman ini dapat memenuhi keperluan untuk ruang yang lebih besar bagi menampung bilangan keluarga yang semakin meningkat. Di sini kami akan bandingkan kediaman ini untuk anda lihat dari segi saiz lot yang berbeza, pilihan balkoni, kedudukan dan harga.
Ciri-ciri utama Ixora2
Direka dengan teliti dimana saiz lot 42.6’x90′ dan keluasan binaan 2,847 kaki persegi, Ixora2 menggunakan pelan terbuka yang menggabungkan ruang tamu dan ruang makan yang fleksibel, sesuai untuk orang yang ingin menaiktaraf #HomeLife mereka.
Tingkat bawah menawarkan ruang tamu pelan terbuka yang luas, ruang makan dan dapur kering, dengan tingkap bersaiz besar memberikan rumah yang bergaya ini rasa terang dan lapang. Ini juga menjadikan tempat yang sesuai untuk individu yang suka menerima tetamu dan mengadakan majlis makan malam.
Terdapat juga dapur basah, bilik utiliti dan bilik mandi di tingkat bawah manakala bilik tidur tambahan boleh dihias khas untuk saudara-mara, warga emas atau pembantu rumah.
Di tingkat atas ialah ruang untuk keluarga yang luas, yang boleh dibina untuk pelbagai kegunaan, sama ada ruang belajar, pejabat di rumah, mini gim, perpustakaan atau teater rumah. Dengan tiga bilik tidur yang mempunyai bilik airnya sendiri, pasti ada ruang untuk semua orang dalam keluarga manakala bilik utiliti lain sesuai untuk dijadikan ruang penyimpanan anda.
Kediaman Ixora 2 ini menghadap ke arah selatan dan kesemuanya mempunyai balkoni di tingkat atas. Ixora 2 didatangkan dengan harga bermula daripada RM718,800.
Koleksi kediaman Iris ini mempunyai ciri yang serupa seperti Ixora2 – 4 bilik tidur, 2 bilik utiliti dan 4 bilik mandi, ruang tamu-ruang makan-kering dengan pelan terbuka serta ruang untuk keluarga yang besar di tingkat atas.
Jika anda lebih suka pemandangan ke arah utara atau lebih suka tidak mempunyai balkoni, anda mungkin ingin mempertimbangkan Iris, yang mempunyai saiz lot yang sama besar iaitu 40’x90′ dengan keluasan binaan 2,688 kaki persegi. Iris berharga dari RM708,000.
Kedua-dua kediaman ini terletak di kawasan yang selamat iaitu Grand Retreats, di mana anda boleh menikmati pemandangan berbukit yang mengelilingi Bandar Baru Sri Klebang. Rasai ketenangannya apabila anda juga mendapat manfaat daripada kawalan keselamatan tiga tahap, pagar perimeter dan pemantauan CCTV di presint.
Ixora2 dan Iris juga berdekatan dengan kemudahan seperti pusat beli-belah Aeon, sekolah, restoran serta rumah kelab kami yang luas, The Centro, memberikan anda akses ke gimnasium, lapangan sasar golf 18 teluk, kolam renang sedalam 25 meter dan kafe yang diuruskan oleh cef dari Meru Valley Resort.
Datang dan lihat sendiri kediaman contoh ini serta kawasan sekitar Bandar Baru Sri Klebang. Kediaman impian anda bakal menjadi kenyataan dan temui kehidupan anda disini. Untuk menempah lawatan secara peribadi hari ini hubungi atau WhatsApp kami di talian 012-500 8018.
Iris & Ixora2: Ternyata Berbeza
Post at:
2021-11-10
2021-11-10