Pelancaran Semi-D Baru Penuhi Permintaan Untuk Lebih Ruang Selepas PKP

Post at:
2021-07-30
BM

Pelancaran Semi-D Baru Penuhi Permintaan Untuk Lebih Ruang Selepas PKP

Oleh kerana kebanyakan kita menghabiskan lebih banyak masa di rumah, ia mengingatkan perkara yang paling penting; pengudaraan yang baik,  pencahayaan semula jadi, pelan lantai yang fleksibel dan yang paling penting adalah ketika bersama dengan keluarga. Dengan jumlah peningkatan pertanyaan untuk rumah baru di Bandar Baru Sri Klebang, bandar terancang kami di Ipoh, Pengurus Jualan Karen Wong, berkata: “Oleh kerana banyak pelanggan kami menghabiskan lebih banyak waktu di rumah dalam usaha membendung penyebaran Coronavirus, mereka ingin menjadi lebih selesa dan memastikan rumah mereka mempunyai fungsi untuk setiap isi keluarga. Ini bermaksud mencipta kediaman dengan ruang penggunaan yang dapat diganti dari pejabat rumah, bilik permainan ke gimnasium.” Terletak di kawasan Grand Retreat di Bandar Baru Sri Klebang, Ipoh, rumah berkembar baru, Ixora2, memiliki luas bangunan seluas 2,847 kaki persegi dan mempunyai empat bilik tidur bersaiz besar, dua bilik utiliti sebagai bonus dan empat bilik mandi. Tingkat bawah adalah ruang kediaman dengan ruang dapur kering -ruang makan; sementara lorong keluarga di tingkat atas dan balkoni dari bilik tidur utama menjadikan ruang santai yang sempurna. Cahaya semula jadi dimaksimumkan melalui tingkap besar dan dapur basah yang terpisah adalah kunci untuk memudahkan anda memasak. Dengan keselamatan sebagai keutamaan utama bagi keluarga, rumah moden ini mempunyai tiga jenis tahap sistem keselamatan dimana pengawal yang ditempatkan dan dironda, pagar perimeter dan pengawasan CCTV 24 jam di kawasan sekitar. Karen Wong menambah: “Penduduk disini amat mengemari tempat tinggal terbuka yang fleksibel agar keluarga mereka dapat membesar dengan selamat. Kawasan kejiranan ini menawarkan pelbagai jenis rumah yang dengan ruang kediaman dan mendapat manfaat daripada rumah kelab, taman yang menghijau dan keselamatan, yang sesuai dengan ‘norma’ baru kita dimana menghabiskan banyak masa di rumah. “Kinta Properties merayakan 50 tahun membina kediaman, dengan hampir dua dekad membangunkan Bandar Baru Sri Klebang. Kawasan ini berkembang dengan pesat, perkhidmatan dan kemudahan berdekatan – dari pusat membeli-belah, bank, sekolah dan pusat membeli-belah Aeon.” Pemilik rumah Ixora2 akan menikmati duti setem percuma dan potongan sepuluh peratus sebagai sebahagian daripada Kempen Pemilikan Rumah (HOC) kerajaan. Kinta Properties memberikan sokongan kepada pembeli rumah melalui program khas ‘K4U’, yang menawarkan nasihat kewangan, jaminan rumah yang dilanjutkan, perlindungan insuran isi rumah, bantuan dalam pemasangan meter Lembaga Air Perak (LAP) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan jalur lebar percuma. Sebelum diskaun, harga untuk Ixora2 bermula dari RM698,800. Untuk menjadi yang terawal membuat janji temu untuk melihat pameran di rumah dan mengetahui lebih lanjut sila hubungi penasihat jualan Kinta Properties di 012 500 8018.