Satu pagi yang bermakna bagi komuniti kejiranan Bandar Baru Sri Klebang ( BBSK ). Residen BBSK bergabung untuk membersihkan kawasan Bandar Baru Sri Klebang pada 23 September 2017.
Sukarelawan telah menyertai Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Chan Soon Yip dan staf Kinta Properties untuk membantu membersihkan kawasan kejiranan mereka. Selepas membersih dan mengasingkan barang kitar semula, semua yang terlibat dijamu makan tengah hari di Rumah Kelab Centro.
Acara ini adalah sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kesedaran untuk menjaga kawasan persekitaran Bandar Baru Sri Klebang supaya menjadi bersih, selamat dan cantik.
Sesiapa yang berminat untuk menyertai acara ini pada masa akan datang, sila emel ke marcom@kintaproperties.com