Kenyataan Media: Kinta Properties Penuhi Permintaan Untuk Kediaman Yang Lebih Besar Dengan Pelancaran Koleksi Semi- D Baru

Post at:
2021-11-02
ixora2 facade
BERITABM

Kenyataan Media: Kinta Properties Penuhi Permintaan Untuk Kediaman Yang Lebih Besar Dengan Pelancaran Koleksi Semi- D Baru

Ixora2 facade slide  
Kinta Properties mendapati permintaan yang tinggi untuk kediaman yang lebih besar dan akan melancarkan koleksi kediaman berkembar baru di bandar terancangnya iaitu Bandar Baru Sri Klebang di Ipoh.

Pihak pemaju sedang membina koleksi kediaman yang eksklusif sebanyak 22 rumah berkembar, di mana pembeli mempunyai pilihan di antara Ixora2, dengan ruang kediaman seluas 2,847 kaki persegi dan Iris, dengan ruang kediaman seluas 2,688 kaki persegi. Koleksi kediaman tersebut telah mula dijual pada Oktober 2021.

Terletak di kawasan Grand Retreats yang nyaman dan menghijau, koleksi kediaman berkembar ini mempunyai empat bilik tidur bersaiz besar, dua bilik utiliti bonus dan empat bilik mandi. Tingkat bawah pula ialah ruang tamu, ruang makan, dan dapur kering dengan pelan terbuka, serta tingkap yang tinggi dapat memberikan suasana yang cerah dan lapang di rumah yang penuh gaya ini.

Ixora2 living hall

Pengurus Jualan Kinta Properties Karen Wong mengatakan bahawa terdapat peningkatan di kalangan pembeli untuk rumah yang luas, dengan ruang yang fleksibel, terutamanya dari keluarga yang mengalami tempoh bekerja dari rumah. Ini, ditambah dengan pemilik rumah yang mendapat manfaat dari tawaran kadar faedah pinjaman yang rendah sepanjang masa, serta pihak pemaju menawarkan rebat ulang tahun istimewa yang menarik dan program khas yang tiada tandingannya.  



“Terdapat minat utama dalam mencari kediaman dengan ruang pelbagai guna yang dapat diubah dari pejabat rumah ke bilik permainan ke gim – keperluan sebenar di kalangan pembeli yang menginginkan segala sesuatu di bawah satu bumbung ketika pandemik melanda.

“Dengan pakej promosi ulang tahun kami dan kadar faedah yang rendah, ini adalah masa yang terbaik untuk menyertai komuniti yang berkembang di Bandar Baru Sri Klebang ini. Pentingnya udara segar, hidup dipenuhi dengan kehijauan dan di dalam kawasan komuniti yang selamat dan ketat di sekitar anda menjadi lebih bermakna. Kinta Properties meraikan 20 tahun membangunkan Bandar Baru Sri Klebang; suasana yang amat sesuai untuk keluarga dan bandar ini membangun dengan pesat. ”



Dengan keselamatan sebagai keutamaan bagi sesebuah keluarga, semua rumah di Grand Retreat mendapat manfaat daripada sistem keselamatan tiga tahap tertinggi di mana pengawal yang ditempatkan dan mengawasi secara bergilir, pagar perimeter dan pengawasan CCTV 24 jam di kawasan sekitar. Pembeli kediaman juga akan memanfaatkan kemudahan rumah kelab yang luas, The Centro dan taman yang menghijau.

Sebagai faedah tambahan, pembeli rumah juga akan dapat menikmati program khas tiada tandingannya di Kinta Properties, ‘K4U’, yang menawarkan nasihat kewangan pakar, jaminan rumah yang dilanjutkan dengan tambahan 16 bulan pada jaminan rumah 24 bulan standard, insuran isi rumah selama empat tahun, pemasangan siap meter LAP dan TNB, serta jalur lebar percuma selama dua tahun.

“Dengan koleksi rumah yang terhad, kami ingin menggalakkan para pembeli untuk mendaftar diri mereka sebagai tanda berminat sebelum hari pelancaran,” tambah Karen Wong.

Ixora2 dengan harga bermula dari RM748,800 sementara Iris dengan harga bermula dari RM708,800, sebelum diskaun. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai koleksi kediaman baru ini dan pakej promosi ulang tahun.