Ruang Dapur Sebagai Nadi Kediaman Anda

Post at:
2021-08-02
Aspen kitchen
BM

Ruang Dapur Sebagai Nadi Kediaman Anda

Tidak ada yang dapat menaikkan semangat seperti makanan dari air tangan sendiri yang dapat mengembalikan kenangan manis. Berikut adalah beberapa inspirasi dalam menjadikan dapur sebagai nadi sebuah kediaman, ia mungkin tidak akan menjadikan anda MasterChef tetapi anda pasti ingin mencuba dan memasak jamuan makan ketika ahli keluarga dapat berkumpul lagi. Suasana dapur anda yang menentukan suasana seluruh rumah. Menentukan Suasana  Suasana dapur anda yang menentukan suasana seluruh rumah. Kemasan dan warna menentukan suasana bagaimana anda mahu ruang itu digunakan. Pilih kabinet dapur yang dilengkapi dengan kombinasi warna hitam dan putih atau satu warna, tambahkan sedikit tekstur, meja dengan campuran permukaan dan kabinet dinding, anda pasti teruja bagaimana tema monokrom dapat menjadikan ruang dapur tampak lebih menarik. Tidak yakin dapur bertemakan monokrom sesuai untuk anda? Lihatlah susun atur dapur berbentuk L di kediaman contoh Aspen, yang mempunyai kabinet putih untuk memberikan ruang yang sangat bersih dengan bar untuk anda bersarapan sementara lampu putih tergantung berwarna hijau limau menambah elemen hiasan ke dapur; pelengkap sempurna yang memberikan keseimbangan. Semi detached KITCHEN ixoraSemi detached KITCHEN ixora Unit asas dengan warna hijau gelap tampak serasi apabila disatukan dengan meja hitam atau kabinet terbuka yang terang. Pastikan lampu loket tetap sederhana sehingga tidak terlalu rumit dengan skema warna berani. Ruang dapur kering & basah di Ixora, Semi D.

Kabinet Kayu Untuk Lebih Gaya

Dengan memilih kabinet corak kayu dengan kemasan moden dan menggunakan warna secara harmoni dapat membantu dapur anda terasa estetik yang memberikan nada asli dalam ruang dapur anda. Kediaman teres dua tingkat, Oak berkonsep moden ini menggabungkan ruang makan dan dapur bersama. Dapur dengan kemasan kayu warna terang, sentuhan lampu terpaku dan cermin menjadikan ruang terasa lebih luas, hangat dan mesra. Menggabungkan corak butiran kayu khaki dengan warna putih akan membuat dapur terasa menerujakan. Kabinet terbuka berwarna putih sederhana dengan backsplash butiran kayu dan ruang kaunter berkilat membantu memberi suasana dapur cahaya dan moden. Dapur di Abby. Cornflower kitchen Di dapur unit Cornflower kami, warna kayu berwarna madu keemasan memberikan skema cerah lebih berat dan mendalam sementara meja hitam dan bar sarapan menjadikan keseluruhan reka bentuk dapur terasa lebih minimalis dan bersih. Ringkat dan mempesona Unit rak terbuka dan blok berwarna turquoise yang ringkas dan bergaya menjadikan skema yang menarik. Walaupun hanya beberapa ruangan khas ianya dapat memberikan tenaga yang segar ke dapur Olive putih ini. Memorable moments are made here Apabila kami mengatakan bahawa dapur adalah nadi rumah anda, sama ada anda mempunyai dapur kecil atau dapur besar, ruang ini lebih dari sekadar memasak, di sinilah saat-saat bahagia sukar dilupakan. Ayuh jadikan dapur tempat yang digemari untuk dikunjungi keluarga anda. Sekiranya anda menyukai reka bentuk ini, anda boleh melihat lebih banyak perincian kediaman- kediaman contoh yang terdapat di sini.