Jangan Lepaskan Peluang Untuk Memiliki Kediaman Impian Dengan Harga Mampu Milik: Kini Dibuka Untuk Pendaftaran

Post at:
2021-05-12
sunflower facade
BM

Jangan Lepaskan Peluang Untuk Memiliki Kediaman Impian Dengan Harga Mampu Milik: Kini Dibuka Untuk Pendaftaran

Adakah anda sedang mencari kediaman yang mempunyai ruang yang luas dan penuh gaya serta mampu milik untuk anda sekeluarga memulakan hidup baru dengan lebih nyaman dan selesa? Mekar dan menyinar di SUNFLOWER, koleksi kediaman teres dua tingkat yang terbaru di Bandar Baru Sri Klebang, Ipoh. Bermula dengan harga RM298,800 koleksi kediaman yang elegan ini telah dibuka untuk pembelian. sunflower facade Dibina dengan keluasan saiz lot 20’x70’, kediaman ini bukan sahaja mempunyai empat bilik dan tiga bilik air malah ianya juga mempunyai ruang terbuka yang menggabungkan ruang tamu, ruang makan dan dapur yang luas. Kami amat memahami bahawa setiap orang mempunyai permintaan dan cita rasa tersendiri dalam pemilihan rumah, maka kami telah membina kediaman yang mempunyai dua pilihan iaitu squared atau pitched sesuai dengan cita rasa anda. Reka bentuk kediaman ini amat sesuai untuk anda yang mencari rumah pertama atau rumah yang mempunyai lebih ruang untuk keluarga anda. Bertempat di Golden Fields, presint terbaru di Bandar Baru Sri Klebang. Pembinaan kawasan perumahan yang memiliki suasana komuniti yang nyaman dan penuh kehijauan ini juga turut menawarkan akses ke The Centri iaitu pusat rekreasi khusus untuk warga BBSK yang juga berdekatan dengan sekolah, bank dan pusat membeli- belah AEON – lengkap dengan kemudahan untuk anda sekeluarga. Pengurus Jualan Kinta Properties Karen Wong berkata: “Ini adalah waktu yang terbaik untuk memiliki sebuah kediaman penuh gaya di komuniti yang dibangunkan oleh Kinta Properties ini. Kami amat menitikberatkan udara yang bersih, kehijauan di sekeliling kediaman dan suasana komuniti yang selamat. Kami juga meraikan ulangtahun pembangunan kawasan kediaman Bandar Baru Sri Klebang yang ke-20, dan pelancaran kediaman Sunflower ini sempurna untuk keluarga seiring dengan bandar yang semakin berkembang maju ini. “Terdapat permintaan yang tinggi di kalangan warga tempatan yang ingin mencari kediaman mampu milik dengan harga di bawah RM300K, dan koleksi rumah yang unik ini dibina untuk memenuhi permintaan pelanggan kami yang juga mencari rumah yang mempunyai lebih ruang dan ruang yang fleksible.” Rumah contoh yang dijangka dibuka untuk tontonan juga turut dijangka terjual dengan cepat kerana reka bentuknya yang elegan dan harganya yang mampu milik. Jadilah antara orang yang pertama melihat rumah contoh ini untuk melihat sendiri skala keluasannya atau sertai para pembeli kediaman yang sedang menunggu untuk membeli kediaman impian ini atau hubungi penasihat jualan kami melalui WhatsApp di 012 500 8018. Kami sentiasa disini untuk and ajika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai sebarang promosi khas untuk pembeli terawal, nasihat mengenai perancangan kewangan dan proses pindah masuk ke kediaman baru anda. Jangan lepaskan peluang keemasan ini, tempah temu janji anda secara virtual atau secara bersemuka hari ini.