Idea-Idea Dekorasi Ruang Kerja Dari Rumah Untuk Anda Kekal “Zoom Ready”

Post at:
2021-06-01
BM

Idea-Idea Dekorasi Ruang Kerja Dari Rumah Untuk Anda Kekal “Zoom Ready”

Kebanyakan dari kita kini sudah mula kembali bekerja dari rumah #HomeLife dan kita juga sudah semakin biasa mendengar, “Kita jumpa di Zoom dalam sepuluh minit ya”. Tak kira dimana anda menetapkan ruang pejabat di ruang tamu, ruang bilik tidur atau di dapur anda, adakah ianya ruang itu sedia untuk digunakan pada bila-bila masa sahaja? Disini kami ingin berkongsi beberapa tips dalam membantu anda merka bentuk ruang pejabat di kediaman anda dimana ianya bukan sahaja “Zoom Ready” tetapi juga dapat membantu meningkatkan efisien dan produktiviti anda ketika anda bekerja dari rumah. Hias ruang pejabat rumah anda dengan warna yang ceria dan terang Tahukah anda penggunaan warna-warna tertentu bukan sahaja mencantikkan dan mengindahkan dinding ruang pejabat anda di rumah tetapi ia juga membantu meningkatkan mood dan produktiviti anda? Kami kongsikan dengan anda beberapa warna inspirasi yang boleh mengubah suasana ruang pejabat di rumah anda:
  • Warna inspirasi biru bukan sahaja memberi ketenangan minda tetapi ia juga mendorong kecekapan dalam berkomunikasi juga.
  • Warna kuning membawa inspirasi positif, kreativiti dan melambangkan kegembiraan dalam ruang kerja anda.
  • Warna inspirasi merah pula melambangkan keyakinan,kekuatan dan keterujaan. Ini dapat membantu dan merangsang produktiviti anda.
  • Warna inspirasi hijau pula lebih kepada kesihatan mata dan membawa suasana yang segar dan seimbang ke dalam ruang kerja di rumah anda.
  Ruang kerja di kediaman juga boleh diletakkan di ruang laman dalam rumah anda di rumah teres dua tingkat kami iaitu Oak, yang mempunyai suasana yang segar dan dedaunan yang menghijau dalam ruang kerja melalui dekorasi hijau di dinding dan beberapa buah pokok disekitarnya. Penambahan beberapa jenis tekstur di latar belakang dinding ruang kerja anda Duduk menghadap dinding yang mempunya corak boleh menambah suasana yang ceria untuk ruang kerja anda di rumah. Dengan menggunakan kertas dinding yang sesuai, ruang kerja anda tidak akan terlihat membosankan dan tidak nampak terlalu ketara atau serabut. Hiasan di dinding yang bertemakan bandar dan ditemani dengan tona biru telah mengubah ruang bilik di kediaman dua tingkat Aspen ini kepada sebuah ruang yang boleh mencetuskan inspirasi dan juga “zoom ready”. Jika anda lebih gemar memilih rekaan hiasan dalaman anda yang lebih menarik perhatian, kertas dinding bertemakan pergunungan ais sebagai landskap utama di rumah teres dua tingkat, Oak ini mungking sesuai untuk anda ditambah pula dengan kesan dramatic warna-warna inspirasi yang digunakan. Memastikan ruang kediaman yang anda pilih sesuai untuk dijadikan pejabat Pencahayaan yang bagus adalah salah satu perkara paling utama untuk “zoom ready” anda. Elakkan memilih ruang yang gelap aau pencahayaan yang suram kerana dikhuatiri penonton tidak dapat melihat anda. Samaada anda bekerja di ruang luar atau menghadap tingkap, anda tidak akan berasa selesa jika cahaya terik matahari terus ke wajah anda. Cukup sekadar pencahayaan yang cukup dari arah tingkap supaya anda berasa lebih selesa dan tidak membahangkan wajah dan kulit anda. primrose study room Sebagai contoh, ruang kerja yang selesa dan nyaman di rumah teres setingkat kami iaitu Primrose (sudah habis dijual), lebih terumpu dengan pencahayaan semulajadi dari tingkap di bahagian kiri. Ruang seperti ini adalah sesuai dijadikan ruang kerja kerana ia tidak membelakangkan cahaya dan anda juga tidak menerima sebarang cahaya terik matahari. Elakkan menghias ruang kerja anda dengan pelbagai jenis dekorasi Dalam keadaan seperti ini, kita sudah terbiasa dengan rutin bekerja dari rumah tak kira di ruang tamu, ruang dapur atau ruang bilik yang sudah menjadi sebahagian dari #HomeLife kita. Ianya agak cantik apabila anda meletakkan beberapa buah gambar keluarga tersayang, figura kecil atau tanda ingatan dari sahabat tersayang tetapi pastikan ianya tidak terlalu banyak agar meja anda tidak kelihatan terlalu penuh dan serabut. TMM study room Lihat salah satu contoh ruang kerja di kediaman teres dua tingkat kami di Taman Meru Mentari, sentiasa pastikan ruang kerja anda tidak terlalu serabut supaya bukan sahaja anda boleh kekal fokus dengan kerja yang perlu disiapkan, tetapi memberikan anda suasana yang sempurna untuk mesyuarat dalam talian anda melalui Zoom. Bak kata pakar pengemas ruang, Marie Kondo sering berkata, “Adakah ianya tampak menyeronokkan?”, kerana jika ianya tidak sebaiknya dekorasi tersebut diletakkan jauh dari ruang kerja anda. Kawasan ruang kerja yang tidak serabut bukan sahaja membuat ruang kerja anda kelihatan lebih luas dan kemas tetapi membantu anda untuk lebih fokus dan produktif. Sedia untuk menjadikan ruang kerja di kediaman anda sentiasa ‘Zoom Ready’? Kami berharap tips-tips yang kami kongsikan tentang rekaan hiasan dalaman serta dekorasi ruang kerja dari rumah #HomeLife dapat membantu anda untuk bekerja dengan lebih efisien dan produktif. Untuk melihat lebih rekaan serta dekorai kediaman dari koleksi kediaman kami yang lain, klik sini untuk ketahui lebih lanjut. Hubungi kami atau Whatsapp kami di talian 012 500 8018 untuk maklumat lanjut atau tempah temu janji lawatan anda secara virtual dengan kami.