Membantu Petugas Barisan Hadapan Memiliki Kediaman Impian Melalui Rebat Merdeka

Post at:
2021-08-27
BERITABM

Membantu Petugas Barisan Hadapan Memiliki Kediaman Impian Melalui Rebat Merdeka

 

Kinta Properties menawarkan rebat khas untuk anggota barisan hadapan dalam memiliki kediaman baru bersempena dengan sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia.

Sebagai tanda penghargaan atas dedikasi dan pengorbanan mereka terutama dalam memerangi wabak Covid-19, anggota barisan hadapan seperti kakitangan Kementerian Kesihatan, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, dan Jabatan Bomba dan Penyelamat akan menikmati rebat RM5,000 atau 1%, yang mana lebih tinggi, selain promosi yang ada ketika mereka membeli rumah di Bandar Baru Sri Klebang (BBSK), Ipoh.

“Keberanian petugas barisan hadapan membuat kami merasa lebih selamat dan dapat merasa keselesaan apabila mengetahui bahawa adanya seseorang memberikan yang terbaik untuk negara ini,” kata Pengurus Jualan Kinta Properties, Karen Wong.

Dr. Amirul yang baru-baru ini membeli rumah baru di BBSK berkata, “Saya amat gembira apabila mengetahui tentang rebat khas untuk petugas barisan hadapan ang ditawarkan oleh Kinta Properties.

“Ini semestinya membuat saya merasa amat dihargai dan membuat usaha saya dalam memerangi Covid-19 menjadi lebih berharga”.

Pembeli yang layak dapat memanfaatkan tawaran rebat dari sekarang hingga 30 September 2021.

Semua orang dapat menikmati potongan harga # BBSK20 kami sehingga RM20,000 dengan promosi berterusan apabila anda membeli kediaman baru di BBSK, Ipoh kerana bandar terancang kami merayakan ulang-tahun yang ke-20 tahun. Kinta Properties telah membina kediaman dan membangun komuniti yang kuat selama lebih dari dua dekad dan kami amat memahami apa yang membuatkan #HomeLife terasa menerujakan.

Hubungi atau WhatsApp penasihat jualan kami yang mesra di talian 012 5008018 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kediaman baru di BBSK dan promosi semasa kami, atau untuk menempah lawatan ke kediaman contoh kami hari ini. Kediaman contoh kami dibuka untuk dilawati secara selamat setiap hari, dari 10 pagi – 6 petang.