Menghabiskan waktu yang banyak dengan #HomeLife bekerja dari rumah kini terasa lebih memenatkan tetapi tahukah anda dengan sedikit pencahayaan semula jadi dapat mengubah suasana dan aura positif di rumah anda? Bagi sesetengah individu, masa hujung minggu dihabiskan dalam suasana
lockdown tampak lebih cepat berlalu berbanding dulu, jadi mari kita hidupkan kediaman kita dengan membawa masuk pencahayaan semula jadi untuk suasana yang lebih positif!
Gunakan warna terang
Warna memainkan peranan penting dalam mengubah aura di dalam bilik. Menggunakan warna terang dan tenang di dinding bilik bukan sahaja dapat memantulkan lebih banyak cahaya tetapi juga mewujudkan ruang yang selesa dan menarik yang akan membantu anda menjadi lebih produktif. Dinding putih dan perabot yang sepadan di kediaman teres dua tingkat, Olive membantu dalam memantulkan cahaya, menjadikan bilik tidur utama ini kelihatan lebih besar. Dihiasi bersama dengan kertas dinding bertemakan tropika menjadi penyeri ruang, tidakkah anda merasakan aura yang positif di ruang ini?

Sekiranya anda menampilkan suasana yang berbeza dan dinding putih mungkin bukan gaya yang digemari, cuba tambahkan warna seperti yang telah kami lakukan di kediaman teres setingkat, Cornflower.
Wahai cermin sakti
Wahai cermin sakti, bolehkah engkau jadikan bilikku lebih indah? Jawapannya adalah ya. Cermin dapat membantu memantulkan cahaya semula jadi dan buatan, menjadikan ruang lebih terang tidak kira siang atau malam. Selain itu, cermin juga dapat menjadikan ruang anda kelihatan lebih besar dan lebih terbuka. Lihat ruang tamu dan ruang makan bebas di kediaman teres dua tingkat, Ixora2, cermin yang diletakkan di meja makan membantu dengan memantulkan cahaya semula jadi semaksimum mungkin melalui tingkap siling hingga ke lantai rumah.

Perabot dengan permukaan kaca atau berunsurkan reflektif mempunyai kesan yang sama. Kabinet dapur di Cornflower ini memiliki unsur cermin yang memantulkan cahaya kembali ke ruang dapurnya.
Cipta ruang yang lebih terbuka
Perasaan teruja dalam menghias kediaman baru dan perasaan itu akan terbawa-bawa ketika membeli-belah barang dekorasi idaman. Semakin banyak karya, harta benda, dan corak yang anda miliki di dalam bilik, semakin terasa sesak – menyukarkan cahaya untuk masuk. Anda perlu tahu keginaan setiap barang dekorasi yang masuk ke dalam bilik ketika anda menghiasnya, seperti Marie Kondo, pakar rapi ruang selalu bertanya, “Adakah itu dapat memberikan anda kegembiraan?”, Jika tidak, maka perkara yang terbaik buat anda adalah tidak menggunakannya sebagai dekorasi. Kunci utama untuk menjadikan bilik anda terang dan merasa lebih luas pada masa yang sama adalah memastikan ia tampil dengan konsep sederhana.

Jika anda lihat ruangan di kediaman teres dua tingkat, Sunflower yang membolehkan banyak cahaya semula jadi masuk dengan tema minimalis yang bebas dari sebarang gangguan.
Beri tingkap anda TLC yang diperlukan
Apakah tips paling penting untuk mengundang cahaya semula jadi ke rumah anda? Dengan membersihkan tingkap anda. Walaupun ia kelihatan seperti cara yang jelas untuk menyambut cahaya yang lebih semula jadi, itu adalah tugas yang sering kita terlepas pandang. Luangkan masa untuk membersihkannya secara menyeluruh secara santai dan dapat memberi manfaat dalam masa yang sama, siapa saja yang tidak suka melihat tingkap mereka bersih dan berkilau.

Tingkap kediaman anda boleh dianggap sebagai kawan baik anda yang membawa masuk lebih banyak cahaya, jadi berikan mereka penjagaan yang terbaik! Kami harap tips mudah ini dapat membantu anda dalam mengubah ruang di rumah anda agar tampak lebih cerah dan ceria.
Sekiranya anda ingin mencari rumah dengan bilik-bilik yang terang dan luas, terokai koleksi kediaman kami di Bandar Baru Sri Klebang di sini kintaproperties.com/bbsk/, kediaman impian anda mungkin hanya dengan satu klik sahaja.