Daisy: Kediaman Mampu Milik Kini Dibuka Untuk Tempahan

Post at:
2022-05-11
BERITABM

Daisy: Kediaman Mampu Milik Kini Dibuka Untuk Tempahan

Dengan penuh teruja, kami ingin mengumumkan pelancaran Daisy – kediaman teres dua tingkat hak milik kekal terbaru kami, yang terletak di dalam bandar terancang Bandar Baru Sri Klebang, Ipoh!

Akhirnya setelah lama menanti, pembeli kini boleh memiliki rumah kontemporari ini, sesuai untuk pasangan yang baru memulakan kehidupan bersama atau keluarga kecil, dengan harga mampu milik bermula dari RM299,800.

Seindah namanya, Daisy dibina di atas saiz lot 20’ x 70’ dan mempunyai empat bilik tidur dan tiga bilik air. Selain itu, ruang yang luas untuk anak-anak kecil membesar malah tambahan ahli baru dalam keluarga.

Ikatan kekeluargaan semakin kuat apabila anda menyediakan juadah di dapur Daisy yang luas dan ruang dipenuhi cahaya, atau cipta kenangan indah sambil anda menghabiskan masa berkualiti bersama-sama di ruang tamu dan ruang makan pelan terbuka.

Jika anda belum pernah ke Bandar Baru Sri Klebang, anda pasti akan teruja melihat kawasan ini dikelilingi dengan kehijauan bukit-bukit. Kawasan ini juga berdekatan dengan kemudahan seperti pusat beli-belah Aeon Klebang, sekolah dan restoran. Pada masa yang sama, pusat bandar Ipoh hanya terletak dalam jarak 30 minit memandu, menjadikan kawasan bandar terancang ini tempat sesuai untuk anda memulakan kehidupan sepanjang hayat anda disini.

Pemilik kediaman Daisy juga boleh menikmati kemudahan rumah kelab kami yang luas, The Centro, memberikan anda akses ke gimnasium, lapangan sasar 18 teluk, kolam renang sedalam 25 meter dan kafe yang dikendalikan oleh warga kerja Meru Valley Resort.

Di Kinta Properties, kami ingin menjadikan segalanya mudah untuk anda miliki rumah di Bandar Baru Sri Klebang dengan tawaran kepada pembeli rumah iaitu jaminan tambahan 16 bulan diatas jaminan standard 24 bulan, jalur lebar percuma selama 12 bulan dan khidmat pakar kewangan. Kediaman baru anda juga lebih lengkap dengan pemasangan siap LAP dan TNB pada waktu serahan kunci anda.

Jangan biarkan peluang untuk memiliki kediaman mampu milik yang hebat berlalu begitu sahaja. Hubungi / WhatsApp kami di 012 500 8018 atau klik sini untuk ketahui lebih lanjunt anda boleh memiliki unit Daisy ini. Kami tidak sabar untuk bertemu dengan anda!