BVH bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Ipoh dalam membantu golongan memerlukan

Post at:
2021-06-11
BERITABMCSRPERISTIWA

BVH bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Ipoh dalam membantu golongan memerlukan

Kami terus membantu warga yang terkesan akibat dari wabak Covid-19 di bawah Bonanza Venture Holdings melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat Bonanza Venture Holdings (BVH). Kali ini, kami membantu dari segi sumbangan bekalan makanan keperluan dan keperluan harian kepada 250 keluarga yang kurang bernasib baik dengan harapan dapat meringankan bebsan mereka.

Kami bersama dengan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam program ‘MBI Prihatin’ dan mengedarkan pek sumbangan kepada mereka di Waller Court, flat Kinta Heights dan flat Buntong Harmoni pada hari Khamis, 10 Jun yang lalu.

Pengerusi Penduduk Flat Buntong Harmoni, Puan Helen berkata, “Sebilangan besar penduduk kami yang tinggal di Buntong Harmoni adalah orang yang memperoleh gaji harian dan ketika PKP (Penuh) diumumkan, mereka kehilangan semua pendapatan mereka selama hampir sebulan.

Semasa mereka menerima pek sumbangan dari BVH & MBI, mereka berasa sangat gembira dan ada di antara mereka yang tidak menyangka akan menerima produk penjagaan diri. Tetapi yang paling penting ialah kuantiti makanan yang mereka terima dapat meringankan beban mereka.”

En. Iskandar, ahli majlis MBI berkata, “Di Waller Court, kebanyakan penduduk kita adalah warga emas yang anak-anaknya tinggal jauh dari Ipoh, jadi sebahagian dari mereka ada yang tinggal sendirian, malah hidup dengan gaji harian.

Mereka sangat berterima kasih atas pek sumbangan dari BVH & MBI terutama buat warga emas yang tinggal sendirian kerana tidak ada banyak NGO yang memberi bantuan kepada mereka sepanjang PKP(Penuh) dijalankan.

Timbalan Presiden Flat Kinta Heights, En. Zulkifle berkata, “Penduduk kami agak terkejut ketika PKPD diumumkan di Ipoh, kerana kebanyakan mereka bekerja sendiri, kerana itu mereka tidak memperoleh banyak pendapatan sejak dua bulan terakhir dan bergantung pada bantuan dari NGO dan pihak kerajaan.”

“Penduduk disini amat bersyukur ketika pek sumbangan tiba di flat kami, mereka ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada BVH secara peribadi kerana kali terakhir kami menerima bantuan adalah pada dua bulan lalu untuk 50 daripada 300 keluarga yang tinggal di sini. Kami juga mempunyai sebilangan warga emas dan penduduk yang kurang upaya (OKU) yang memerlukan bantuan segera. Kami tidak memerlukan barang makanan berjenama mahal, cukup sekadar barang keperluan asas untuk membantu kami bertahan sehingga PKP (Penuh) ini ditamatkan.”

Sekiranya anda ingin membantu golongan yang kurang bernasib baik di Buntong Harmoni, Waller Court dan Kinta Heights, sila hubungi:

  1. Puan Helen (Buntong Harmony Flats) – 012-585 8605
  2. Iskandar (Waller Court) – 012-512 1848
  3. Encik. Zulkifle (Kinta Heights) – 018-314 4178

Sebanyak 150 pek sumbangan tambahan diperuntukan untuk membantu keluarga di beberapa kawasan perkampungan, terutamanya untuk mereka yang berada di bawah PKPD sehingga 19 Jun ini.

Pengarah Eksekutif Operasi BVH Edwin Tan, mengatakan “Kami bangga untuk meneruskan usaha ini dan bekerjasama dengan MBI dalam menyokong keluarga yang kurang bernasib baik, dalam masa yang sukar ini. Kami ingin mewujudkan komuniti yang lebih kuat apabila bersama dan berharap sumbangan ini dapat mengurangkan sedikit beban keluarga yang terjejas dan kami akan sentiasa disini untuk membantu anda, “katanya.

Datuk Bandar Ipoh, Dato Haji Rumaizi Baharin @ Md Daud, yang turut hadir untuk mengedarkan pek sumbangan tersebut, berkata, “Kolaborasi dengan sektor swasta melalui program ‘MBI Prihatin’ benar-benar membantu tujuan utama kita dalam membantu mereka yang memerlukan di seluruh bandar di sekitar Ipoh.

Dato Rumaizi menambah, “Selain 100 pek awal hari ini, BVH juga telah memberikan 150 pek lagi, yang akan diedarkan kepada mereka yang terjejas di kawasan kampung seperti di Buntong, Pasir Pinji, Kampung Simee, Kg. RPT Tasek dan Kampung Kepayang dalam masa terdekat ini.”

“Kami sangat berterima kasih kepada merekaatas bantuan yang dihulurkan. Saya berharap kita dapat terus bekerjasama untuk kepentingan Ipoh pada masa akan datang,” katanya.

Sejak awal pandemic lagi, BVH secara aktif mendorong para pekerjanya untuk menjadi sukarelawan dalam program vaksinasi di Perak Chinese Specialist Hospital (PCSH). Di samping itu, para chef di Meru Valley Resort telah menyediakan makan tengah hari kepada sukarelawan vaksinasi sepanjang tempoh PKPD dan PKP(Penuh).

Kinta Properties juga menawarkan rebat khas RM5k atau 1%, mana yang lebih tinggi, untuk membantu pekerja kecemasan yang ingin membeli rumah baru. Potongan harga istimewa serta promosi yang sedia ada untuk sebarang pembelian kediaman di Bandar Baru Sri Klebang.

Pek sumbangan ini mempunyai 18 barang, termasuk barang makanan seperti beras, mi, kacang, bawang putih dan minyak, di samping itu turut diberikan ialah produk penjagaan diri seperti syampu, ubat gigi, gel mandian dan banyak lagi. Ia juga mempunyai mainan untuk kanak-kanak.

150 pek sumbangan tambahan mengandungi lebih banyak barang makanan seperti sardin dalam tin, cendawan, jagung manis, jeruk dalam tin dan juga bijirin untuk untuk nutrisi buat anak-anak.