Memiliki pencahayaan semula jadi yang banyak di rumah anda tidak hanya dapat mengurangkan penggunaan tenaga pada siang hari tetapi juga membantu meningkatkan kesihatan dan mood kita.
Adakah anda mencari idea untuk ruang anda di rumah tampak lebih terang? Berikut adalah beberapa tips yang dapat membantu anda melakukannya.
Menambah Elemen Pemantulan Cahaya
Di
Oak2, lampu chandelier bujur tiga tingkat diletakkan di ruang tamu dan ruang makan dapat membantu memantulkan cahaya matahari serta sumber cahaya lain – menerangi ruangan dengan lebih banyak lagi.
Wahai Cermin Sakti Si Pembangkit Cahaya
Menambah cermin ke ruang bukan sahaja menjadikan bilik anda kelihatan lebih besar, tetapi lebih banyak dari itu. Meletakkan cermin besar tepat di seberang tetingkap terbesar di bilik anda juga merupakan kaedah terbaik untuk mengundang cahaya semula jadi ke ruang tamu anda.
Cermin besar di semi-d,
Ixora2 membantu memantulkan cahaya matahari masuk – menjadikan ruang antara ruang tamu & ruang makan lebih terang sambil menambahkan suasana luas.

Perabot dengan kaca atau permukaan reflektif lain mempunyai kesan yang sama. Kabinet dapur di Cornflower memiliki rekaan cermin yang memantulkan cahaya kembali ke ruang dapur.
Pilih Warna Palet Yang Terang
Palet warna terang membantu memberikan kesan kelapangan, melukis dinding atau memilih perabot dengan nada berwarna terang seperti putih, gading, krim atau kuning air untuk menjadikan rumah anda terasa segar dan cerah.
Warna putih adalah jalan penyelesaian terbaik untuk mencerahkan bilik. Kediaman teres dua tingkat kami, Olive menggunakan putih sebagai warna tema untuk menjadikan kediaman terasa nyaman dan mempunyai suasana yang lapang.

Adakah ianya membosankan untuk mengecat dinding anda dengan warna putih? Rumah teres setingkat,
Cornflower memperkenalkan warna yang sesuai dengan perabot yang secara tidak langsung membawa tenaga terang ke ruang santai.
Rekabentuk Tetingkap Besar
Dengan lebih dari 50 tahun pengalaman membina kediaman dan membangun komuniti yang kuat, kami memahami betapa pentingnya pencahayaan semula jadi bagi #HomeLife dan kesejahteraan seisi keluarga. Kesemua kediaman kami direka dengan tingkap besar untuk membantu menerangi ruang dengan cahaya semula jadi dan mencerahkan rumah anda!