Memohon Pinjaman Perumahan Kediaman Impian Anda

Post at:
2021-05-27
semi flexi loan
BM

Memohon Pinjaman Perumahan Kediaman Impian Anda

Apa yang perlu dititikberatkan? Pernahkah anda melawat kediaman contoh secara virtual? Setelah melihat lokasi, reka bentuk rumah yang disukai dan juga perancangan lain yang perlu dibeli demi melengkapi kediaman impian anda, kini kita akan ke proses yang seterusnya iaitu, permohonan pinjaman perumahan. Memohon pinjaman perumahan kadangkala terasa agak memenatkan, tetapi tidak mengapa. Kami akan membantu anda dengan menerangkan lebih jelas jenis-jenis pinjaman perumahan yang terdapat di Malaysia untu membantu anda memilih pinjaman yang terbaik sesuai dengan kriteria anda. Jenis-jenis pinjaman rumah di Malaysia Pinjaman Rumah Semi-Flexi home loan icon Dikenali juga sebagai pelan pinjaman perumahan yang seringkali digunapakai pada masa kini, pinjaman perumahan semi-flexi ini didatangkan dengan fleksibiti dimana kadar bunga yang dikenakan boleh dikurangkan jika anda membayar ansuran bulanan lebih dari amaun kebiasaan. Sebagai contoh, jika anda menerima bonus akhir tahun, apabila anda menggunakan bonus tersebut untuk membayar ansuran bulanan lebih pada bulan itu, ini akan dapat membantu mengurangkan kadar bunga dan seterusnya menjimatkankan wang anda untuk jangka masa yang panjang. Ini mungkin pilihan terbaik untuk anda jika pekerjaan anda berdasarkan komisen.   Pinjaman Perumahan Flexi flexi loan Hampir serupa dengan pelan pinjaman semi-fleksible, anda boleh membayar ansuran lebih dari amaun biasa supaya kadar bunga dapat dikurangkan tanpa membuat sebarang permohonan pengurangan kadar bunga dari pihak bank. Akaun pinjaman fleksible ini disambungkan kepada akaun semasa anda dimana ansuran bulanannya akan ditolak dari akaun secara automatik. Ianya adalah satu kelebihan buat anda jika anda dapat mengeluarkan wang lebihan yang tedapat dalam akaun.   Pinjaman Terma term loan Pinjaman adalah satu pelan pembayaran berjadual yang tetap. Apabila anda memohon pinjaman perumahan jenis ini, anda pelu komited dalam pembayaran anuran bulanan bersama dengan kadar bunganya sekali. Dengan tempoh pinjaman maksimum sehingga 35 tahun, tiada fleksibiliti kadar bunga yang ditawarkan di dalam pelan pinjaman ini. Andamungkin perlu mempertimbangkannya sekali lagi jika anda ingin menyelesaikan pinjaman anda dalam masa dua hingga lima tahun kerana berkemungkinan anda akan dikenakan penalty oleh pihak bank jika anda membayar balik pinjaman anda lebih awal dari sepatutnya. Kini pelan pinjaman sebegini sudah tidak menjadi pilihan utama dengan adanya pelan pinjaman semi-flexi dan flexi yang memberikan lebih fleksibiliti dari segi pembayaran balik serta kadar bunga yang lebih rendah. Pinjaman Islamik Islamic loan Pinjaman Islamik adalah pelan pinjaman yang berlandaskan Syariah dimana pinjaman rumah yang tidak mempunya sebarang kadar bunga dikenakan kepada peminjam.Terdapat dua jenis pelan pinjaman Islamik di Malaysia: Al-Bai’ Bithaman Ajil – berlandaskan konsep jual-beli. Pihak bank akan membeli hartanah tersebut dan menjualnya kembali dengan harga yang telah dipersetujui termasuk dengan harga asal dan untung bank bagi hartanah tersebut. Anda perlu membayar kepada pihak bank ansuran secara bulanan atau sekaligus tanpa sebarang kadar bunga dikenakan. Musharakah Mutanaqisah – berlandaskan konsept rakan kongsi, Dengan pelan pinjaman perumahan ini, pihak bank dan anda akan bersama membeli sesebuah hartanah dimana anda akan menjadi penyewa kepada pihak bank dan ansuran bulanan yang anda anda bayar dikira sebagai pembelian saham yang dimiliki oleh pihak bank. Pelan Pinjaman Perumahan Lain Terdapat juga pelan pinjaman perumahan kerajaan khusu untuk penjawat awam, tetapi pelan ini juga mempunya kriteria-kriteria dan syarat yang harus dipenuhi. Baca selebihnya di “Bagaimana cara untuk membeli kediaman impian anda melalui Akaun 2 KWSP anda?” disini. Temui penasihat jualan kami untuk ketahui lebih lanjut mengenai pelan-pelan pinjaman yang disediakan. Kami akan sentiasa membantu anda dalam setiap proses yang perlu dilakukan oleh anda untuk memiliki kediaman impian anda. Hubingi kami di talian atau sistem aplikasi Whatsapp 012 500 8018.