5 Sebab Kenapa Anda Perlu Memilih Tinggal di BBSK

Post at:
2021-06-15
BM

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Memilih Tinggal di BBSK

Pernahkah anda mencari sebuah kediaman yang anda ingin memanggilnya sebagai rumah? Ianya terasa menyenangkan apabila anda bukan hanya sekadar membeli rumah tetapi turut menjadi sebahagian dari kawasan kejiranan tersebut. Kawasan kejiranan yang terasa sempurna masih tidak wujud kerana setiap individu mempunyai keinginan dan citarasa yang berlainan, tetapi di Bandar Baru Sri Klebang (BBSK) mungkin dapat memberi ruang yang penuh dengan kesempurnaan buat anda dan keluarga anda. Kemudahan fasiliti yang dekat Di BBSK, anda akan mendapat akses ke pelbagai kemudahan yang berdekatan seperti bank, klinik kesihatan, kafe dan restoran serta  pusat rekreasi komuniti kami, The Centro yang menempatkan gimnasium, driving range sebanyak 18 bay, kolam renang sepanjang 25 meter dan kolam rendam untuk kanak-kanak, gelanggang tenis dan sebuah kafe. The Centro club houseRumah Kelab The Centro Kemudahan adalah ciri utama bagi kawasan kejiranan yang sedang berkembang pesat, dengan jarak pusat membeli belah Aeon Klebang dan Econsave hanya beberapa minit dari BBSK. Berbelanja menjadi lebih mudah dan cepat jika anda dengan adanya 99 Speedmart dan 7-Eleven dalam BBSK. Sekiranya anda mahukan makan yang lebih segar, maka pasar Chemor tidak jauh dari tempat anda. Di sini, anda juga boleh mendapatkan bekalan perubatan, dari beberapa farmasi seperti farmasi HTM, Farmasi TrueCare dan Guardian, kurang dari sepuluh minit dari BBSK. Caltex Sekiranya anda ingin melibatkan diri dalam lebih banyak aktiviti sukan, Master Badminton Club (MBC),  yang terletak hanya lima minit dari BBSK, yang menawarkan kemudahan untuk sukan badminton, futsal dan juga gimnasium. Kawasan yang bagus untuk kanak-kanak membesardengan sihat dan selamat, terdapat juga sekolah kebangsaan dan sekolah antarabangsa untuk anda pilih, diantara sembilan sekolah kebangsaan yang berdekatan dengan BBSK dan Tenby Schools Ipoh kurang dari 20 minit dari kawasan kediaman anda. Poi Lam schoolsPoi Lam Schools Whether it’s a better work-life balance or improved quality of life, at BBSK it all becomes achievable. Di BBSK, semuanya dapat dicapai untuk keseimbangan antara kehidupan-kerja dan kualiti hidup yang lebih baik. Dekat dengan alam kehijauan Terletak di Ipoh Utara, Bandar Baru Sri Klebang (BBSK) tidak hanya menawarkan suasana yang jauh dari kesesakan kota tetapi juga peluang untuk lebih dekat dengan alam semula jadi. Berdekatan dengan Chemor, anda dapat mengakses Bukit Bangkong di Tanah Hitam dengan lebih dekat, yang menawarkan pemandangan indah matahari terbit di sebalik pergunungan. Terletak hanya lima belas minit dari BBSK dan laluan mendaki di pergunungan itu yang membawa anda ke puncak, pagi hujung minggu anda akan menjadi lebih sihat dan indah. Tidak terhenti di situ, kira-kira dua puluh minit dari BBSK adalah Air Terjun Lata Ulu Chepor, tempat yang bagus untuk bersantai, berehat, berenang dan menikmati alam semula jadi yang terbaik. Kawasan yang selamat untuk semua Rumah adalah tempat di mana anda dapat membesar dalam persekitaran yang bahagia, sihat dan selamat Anda akan berasa lebih tenang dan selamat dengan sistem keselamatan tiga peringkat di Bandar Baru Sri Klebang. Terletak dengan selamat di komuniti yang dijaga, penjaga yang ditempatkan dan berpatroli dan dilengkapi dengansistem pengawasan CCTV disediakan untuk memastikan keselamatan anda dan kediaman anda. Pagar perimeter keselamatan juga dibina untuk mengelakkan sebarang perkara yang tak diingini terjadi di kawasan masing-masing. PinePark guard housePine Park guard house Pilihan Kediaman Dari pembeli pertama hingga keluarga, dalam mencari kediaman yang mempunyai lebih banyak ruang, individu yang bekerjaya sehinggalah keluarga besar yang mencari tempat untuk membesar bersama, dan kediaman serba mewah hinggalah rumah mampu milik. Berbagai koleksi rumah di Bandar Baru Sri Klebang direka khusus mengikut keperluan dan anggaran seorang individu itu. Sama ada anda mencari kediaman teres satu tingkat, rumah teres dua tingkat dengan kediaman terbuka atau rumah separuh berkembar dengan ruangan yang fleksibel, Bandar Baru Sri Klebang kini menawarkan lapan jenis rumah, dan kami akan terus berkembang. cornflower living hall Dibangunkan selama hampir 20 tahun, bandar terrancang ini mempunyai lima kawasan, dengan lebih daripada 2500 rumah. Ciri utama kami adalah membina kediaman yang luas di kawasan yang selamat dan selesa. Lihat koleksi rumah yang kami ada di sini, kediaman impian anda mungkin bersama kami di BBSK. Kinta Properties komited dengan anda Dengan lima puluh tahun pengalaman membina kediaman dan membangun komuniti yang selamat, kami sentiasa ingin menwujudkan persekitaran yang menjadikan #HomeLife terasa lebih menyeronokkan. ‘K4U’ adalah program yang membantu mengatasi masalah dalam membeli kediaman impian anda. Melalui program ini, kami menawarkan khidmat nasihat dari pakar kewangan kami dan membantu anda merancang masa depan, kami juga menambah 16 bulan lagi pada jaminan rumah 24 bulan standard, memberikan anda jaminan selama 40 bulan secara keseluruhannya. Bukan itu sahaja, insuran isi rumah selama empat tahun bernilai sehingga RM50k juga dimasukkan ke dalam program ini bermula dari tarikh pemilikan kediaman. Akhir sekali, kami akan mempermudahkan anda apabila anda dengan jalur lebar percuma selama dua tahun dan pasang siap meter LAP & TNB untuk anda. Kami bukan bukan sekadar membina menggunakan batu bata, tetapi kami juga berazam untuk mengubah kualiti hidup orang melalui kediamannya. Atur lawatan ke koleksi rumah BBSK untuk melihat jika ini adalah kawasan kejiranan yang tepat untuk anda dan keluarga anda. Hubungi atau WhatsApp penasihat jualan kami di 012-500 8018.